Harian Metro

Pemotong rumput maut ditikam

-

Tawau: Seorang pemotong rumput warga Indonesia maut disyaki ditikam rakan senegara dalam kejadian di belakang tandas awam, Taman Awam Muhibbah, Jalan Utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Sarif Pance, 52, ditemui mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, sebelum kejadian, seorang penyelia pembersiha­n melihat mangsa berbual dengan suspek di bawah pokok dan tidak mengesyaki apa-apa keadaan mencurigak­an.

Katanya, bagaimanap­un tidak lama selepas itu saksi terbabit menyedari mangsa masuk ke dalam stor menyimpan mesin rumput dan keluar semula sebelum terdengar bunyi bising.

“Penyelia pembersiha­n itu kemudian melihat suspek menikam mangsa beberapa kali di bahagian dada menggunaka­n pisau.

“Bimbang dengan kejadian itu, dia melarikan diri ke arah kawasan perkampung­an Airport Lama sebelum menghubung­i polis,” katanya di sini, semalam.

Susulan maklumat berhubung kejadian itu, Fadil berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi untuk menjalanka­n siasatan dan menemui sebilah pisau panjang berukuran kurang 10 inci.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis kini giat memburu suspek dikenali sebagai Darma Sakti, 49, bekerja sebagai pengawal keselamata­n yang melarikan diri selepas kejadian itu.

“Ketika kejadian suspek memakai baju putih, seluar pendek jeans kelabu gelap dan berselipar. Suspek juga berambut panjang ikat di belakang dan gerakan memburunya giat dijalankan.

“Polis juga masih menyiasat motif pembunuhan itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di talian 089-772121 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superinten­dan Juraimah Ismail,” katanya.

 ??  ?? FADIL
FADIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia