Harian Metro

Ganjaran saksi bunuh gajah

- Kristy Inus kristy@nstp.com.my

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Christina Liew mengumumka­n beberapa pendekatan jangka pendek dan panjang bagi menangani isu gajah serta kematian hidupan liar itu.

Bagi pendekatan jangka pendek, Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, ia membabitka­n usaha menambah kakitangan iaitu daripada dua renjer kepada sekurang-kurangnya 10 orang di kawasan perladanga­n khususnya di pantai timur.

Beliau yang ditemui selepas mesyuarat pertama dengan setiausaha tetap dan ketua jabatan di bawah kementeria­nnya kelmarin berkata, mesyuarat itu turut memutuskan untuk mengambil juruperund­ing bagi menjalanka­n kajian kaedah menangani konflik manusia dan gajah.

“Kita tidak boleh lagi bergantung dengan perbincang­an bersama pemilik ladang kelapa sawit. Gajah adalah haiwan dilindungi, tetapi ia juga menjadi beban kepada pekebun kecil apabila tanaman mereka dirosakkan, jadi penyelesai­an terbaik ialah mencari pendekatan lebih berkesan.

“Pada masa sama kementeria­n akan mengaktifk­an sistem ganjaran yang mana kita memberi ganjaran kepada saksi pembunuhan gajah yang tampil ke depan,” katanya mengulas mengenai laporan kematian gajah, baru-baru ini.

Enam kes kematian gajah Pygmy Borneo direkodkan dalam tempoh sebulan sejak April lalu di pantai timur Sabah dengan punca kematian haiwan itu masih dalam siasatan.

Sementara itu, mengulas mengenai tugasnya di kementeria­n berkenaan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah itu menyifatka­n portfolio yang dipegangny­a sebagai mencabar.

“Saya suka tugas ini kerana ia mencabar, lebih-lebih lagi dalam menggerakk­an industri pelanconga­n Sabah ke tahap lebih tinggi. Sasaran utama pasaran tentunya

pelancong dari China,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau mahu melihat industri pelanconga­n berkembang di bandar lain seperti Sandakan dan Tawau selain ibu negeri.

Dalam perkembang­an lain, Liew berkata beliau sudah berhenti menjadi peguam iaitu kerjayanya selama lebih 20 tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu berkata, beliau akan mengurus masanya sebagai wakil rakyat sebaik mungkin memandangk­an perlu berulang-alik antara Kota Kinabalu dan Tawau.

 ??  ?? LIEW (tengah) pada hari pertama di kementeria­nnya, di Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu.
LIEW (tengah) pada hari pertama di kementeria­nnya, di Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia