Harian Metro

‘SAYA MURKA’

- Muhammad Mustakim Ramli dan Aizat Sharif cnews@nstp.com.my

 Raja Perlis murka tindakan 9 ADUN tak hadir istiadat

Arau

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis, semalam.

Baginda nyata kecewa kerana semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu.

“Ini adalah kepentinga­n sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tetapi tuan-tuan pun tahu siapa. Hari ini (semalam) sebilangan besar mereka tidak hadir. Sebab apa (tidak hadir) saya pun ti- dak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.

“Sekarang (semalam) mereka berada di Kuala Lumpur, semalam (kelmarin) mereka pergi menaiki kapal terbang. Ini berdasarka­n laporan yang saya terima,” titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah ADUN Bintong Datuk Seri Azlan Man, 60 sebagai Menteri Besar di Istana Arau, di sini, semalam.

Raja Perlis bertitah, sehingga malam kelmarin, baginda masih memikirkan siapa bakal menjadi Menteri Besar susulan terdapat dua nama yang di fikiran baginda.

“Seorang (calon) yang menjadi Menteri Besar sebelum ini kerana saya mahu pembanguna­n yang ada dan dirancang dapat diteruskan demi kepentinga­n rakyat dan saya tidak mahu ia terhenti.

“Seorang lagi calon pula mempunyai hubung kait dengan Pengerusi Perhubunga­n UMNO (Perlis). Apabila saya berjumpa semua wakil rakyat BN, mereka ini lebih patuh (kepada kepimpinan UMNO) yang di negeri daripada (kepimpinan) yang di Pusat.

“Ia seperti ada grip (pegangan) lain, saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim. Saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi puppet (boneka),” titah baginda. Raja Perlis bertitah, baginda tidak mahu individu yang dilantik Menteri Besar kemudian dikawal pihak lain.

“Seperti tuan-tuan dengar tadi (semalam) sumpah Menteri Besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet, tidak boleh keluar rahsia langsung.

“Tetapi kalaulah adik jadi Menteri Besar tentu dia akan beritahu kepada abang. Saya tidak mahu, saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar.

“Kalau Shahidan (Datuk Seri Dr Shahidan Kassim) nak (jawatan Menteri Besar) patutnya dia bertanding di DUN tetapi dia bertanding di Parlimen, ini yang jadi masalah. Saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar,” titah baginda.

Baginda bertitah, pada mu- lanya baginda hanya menaruh syak wasangka, namun apa yang berlaku semalam 100 peratus benar.

“Sembilan wakil rakyat BN tidak hadir kerana dikawal seseorang, tarik semua ke Kuala Lumpur dan tidak hadir majlis ini.

“Ini yang saya bimbang dari awal dan hari ini (semalam) syak wasangka saya betul. Ini hanya perkara kecil, kalau dibiarkan, lebih daripada ini boleh berlaku.

“Silap pilih Menteri Besar, cuma satu kumpulan saja yang memperoleh faedah,” katanya.

 ??  ?? TUANKU Syed Sirajuddin menyerahka­n watikah pelantikan Menteri Besar Perlis kepada Azlan, semalam.
TUANKU Syed Sirajuddin menyerahka­n watikah pelantikan Menteri Besar Perlis kepada Azlan, semalam.
 ??  ?? AZLAN mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua.
AZLAN mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua.
 ??  ??
 ??  ?? DR Shahidan (tengah) bersama ADUN BN dan penyokong pada sidang media di Ibu pejabat UMNO, Menara Dato Onn, semalam.
DR Shahidan (tengah) bersama ADUN BN dan penyokong pada sidang media di Ibu pejabat UMNO, Menara Dato Onn, semalam.
 ??  ?? AZLAN menandatan­gani watikah pelantikan.
AZLAN menandatan­gani watikah pelantikan.
 ??  ??
 ??  ?? AZLAN (empat dari kiri) beramah mesra dengan ADUN Pakatan Harapan.
AZLAN (empat dari kiri) beramah mesra dengan ADUN Pakatan Harapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia