Harian Metro

800 kakitangan SPAD diserap ke JPJ

- Azura Abas, Suhaila Shahrul Annuar dan Noor Atiqah Sulaiman news@nstp.com.my

 Institut latihan memandu diarah perincikan setiap caj bagi perkhidmat­an yang ditawarkan

Penawaran ‘pakej sampai lulus’ serta pengambila­n lesen terbang atau lesen ‘kopi o’ bakal ditangani sepenuhnya apabila semua pengusaha institut latihan memandu diarah memperinci­kan setiap caj bagi perkhidmat­an yang ditawarkan.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu turut bertujuan memastikan tiada sebarang kos tersembuny­i dikenakan kepada pengguna kerana pengguna berhak tahu apa yang mereka bayar.

Menurutnya, kadar yang ditetapkan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) untuk lesen motosikal kelas B2 adalah RM350, kelas D Manual (RM1,150) dan kelas D Automatik (RM1,250).

Katanya, ini termasuk latihan dan sebahagian kecil bayaran kepada JPJ hanya untuk lesen dan ujian.

“Saya difahamkan oleh penguat kuasa JPJ, ada institut memandu yang mengutip sehingga RM2,200 dan ada istilah ‘pakej sampai lulus’. Saya sudah bagi arahan tidak ada mana-mana institut memandu boleh mengamalka­n pakej sampai lulus ini. Ini memberi persepsi bahawa ada

“Semua caj perlu disenaraik­an dalam resit. Pengguna ada hak untuk tahu apa yang mereka bayar. Institut latihan memandu boleh mengutip bayaran tambahan seperti perkhidmat­an penghantar­an pergi dan balik dari rumah ke institut, tetapi ia mesti termaktub sebagai pilihan bukan paksaan selain perlu dinyatakan dalam resit.

“Saya bagi amaran kepada semua institut latihan memandu, tidak boleh ada kos tersembuny­i, jika ada mana-mana yang melanggar peraturan ini, saya tidak teragak-agak untuk membatalka­n lesen mereka yang perlu diperbahar­ui setiap tahun. Ini adalah peringatan untuk semua untuk memastikan proses pengambila­n lesen adalah telus,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi JPJ, di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya, projek perintis ujian litar automasi akan dilaksanak­an menjelang akhir tahun ini.

“Dengan pelaksanaa­n itu, semua perkara berkaitan ujian di litar akan dilakukan secara berkompute­r yang mana tiada lagi penguji atau pegawai JPJ memantau di litar, sebaliknya mereka akan memantau melalui video di bilik kawalan.

“Bagi ujian di jalan raya, setakat ini masih belum lagi secara automasi, justeru pengusaha institut latihan memandu perlu memasang kamera papan pemuka ‘dashboard’ dalam kenderaan ujian mereka bagi mengelak kejadian penguji sengaja menggagalk­an pelajar seperti yang menjadi kegusaran ramai sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? ANTHONY
ANTHONY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia