Harian Metro

6 JAM BERI KETERANGAN

- Mohd Husni Mohd Noor, Hidir Reduan, Irwan Shafrizan Ismail, Faris Fuad, Veena Babulal and Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

 Najib hadir kali kedua beri keterangan kes SRC Internatio­nal

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beredar dari Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jam 4.52 petang semalam selepas lebih enam jam memberi keterangan untuk kali kedua kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal.

Najib ketika ditemui media di lobi bangunan berkata, beliau sudah selesai sepenuhnya memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes berkenaan.

“Hari ini (semalam), saya hadir memberi keterangan hari kedua kepada SPRM. Saya memberi keterangan bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang.

“Saya berhenti rehat termasuk untuk solat Zuhur selama 40 minit,” katanya.

Katanya, beliau sudah menjawab semua soalan dengan sebaiknya.

Najib berkata, SPRM sudah melakukan proses (mengambil keterangan) itu dengan profesiona­l.

Selasa lalu, Najib hadir kali pertama ke sini dan meluangkan masa hampir lima jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal. Terdahulu, beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 9.45 pagi.

Turut kelihatan peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang juga bekas Peguam Cara Negara II.

Terdahulu, Najib tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih dengan nombor pendaftara­n QMN11.

Bekas Perdana Menteri itu turut diiringi dua kenderaan lain termasuk dua anggota polis pengiring.

Tinjauan Harian Metro di lobi bangunan Ibu Pejabat SPRM mendapati, lebih 100 pengamal media daripada pelbagai agensi tempatan dan asing berkumpul di bangunan itu sejak pagi bagi mengikuti perkembang­an siasatan membabitka­n bekas Perdana Menteri itu.

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB beredar dari Ibu Pejabat SPRM selepas memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd.
NAJIB beredar dari Ibu Pejabat SPRM selepas memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia