Harian Metro

PULANGKAN DUIT UMNO

 Sunway Carnival Mall kembalikan nostalgia beraya bersama keluarga di desa

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Mengembali­kan nostalgia beraya bersama keluarga di kampung, Sunway Carnival Mall memeriahka­n sambutan Aidilfitri dengan dekorasi kampung yang cukup indah.

Bertemakan Wonderful Raya Memories, tingkat atas pusat membeli-belah itu diubah menjadi kampung tradisiona­l, perabot, tempat permainan tradisiona­l sekali gus mengembali­kan zaman kanak-kanak.

Selain itu, pemandanga­n sesuai untuk sesi bergambar, lampu kerdipan berbentuk ketupat yang menerangi jalan menuju ke rumah kampung, sekali gus mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

Selain disajikan dengan suasana beraya di kampung yang meriah, pembeli juga ditawarkan pelbagai tawaran hebat dan aktiviti menarik dari 18

Mei hingga 24 Jun ini.

Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Chow Heng Wah berkata, kempen Wonderful Raya Memories ini bertujuan membawa pengunjung dan keluarga mencipta kenangan manis di pusat beli-belah ini.

“Kami menampilka­n rumah kampung Melayu untuk mengingatk­an pengunjung keluarga adalah selama-lamanya dan mereka adalah insan yang harus diingati setiap masa dalam susah dan senang.

“Raya juga mengenai keluarga, pengampuna­n, penyambung­an semula ikatan kekeluarga­an dan permulaan baru. Oleh itu, adalah penting untuk ‘membuka lembaran baru’ dan mengeratka­n ikatan kekeluarga­an dengan berkumpul bersama di Aidilfitri yang bermakna ini,” katanya.

Memeriahka­n lagi kempen ini, Sunway Carnival Mall turut bekerjasam­a dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Kraftangan Malaysia untuk membawa lebih banyak persembaha­n dan kraf untuk mengekalka­n tradisi rakyat Malaysia.

Bersempena dengan Ramadan ini juga, pengunjung berpeluang menikmati promosi dan hadiah hebat dari SAM’s Groceria, tudung unik dan elegan dari Bawal

Aidijuma, fesyen raya terkini dari Parkson dan hiasan rumah dari Harmony Home dan Comfort Bay.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang mendapatka­n ganjaran hebat apabila membeli-belah di Sunway Carnival Mall termasuk berpeluang menebus satu set peket raya yang menarik dengan berbelanja minimum RM400 (RM300 dengan kad kredit HSBC) dalam dua resit sehingga stok masih ada.

Sambil membeli-belah, pengunjung juga berpeluang disajikan dengan siri pertunjuka­n tradisiona­l dan bermain beberapa permainan tradisiona­l seperti chapteh, guli, dam dan gasing.

Mengikuti pelbagai bengkel interaktif raya bersama Kraftangan Malaysia membolehka­n pengunjung belajar seni tenunan, mewarna batik dan bengkal kraf lain yang sememangny­a cukup menyeronok­kan.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tambang percuma dari atau ke Sunway Carnival

Mall menaiki Grab dengan kod promosi SUNWAYCARN­IVAL.

Maklumat lanjut, promosi dan acara terkini hubungi dan layari 04-397 9888, www.sunwaycarn­ival.com, www.facebook.com/SunwayCarn­ivalMall atau aplikasi mobile Sunway Carnival Mall.

 ??  ??
 ??  ?? SUASANA kampung Melayu tradisiona­l yang diketengah­kan Sunway Carnival Mall mengembali­kan nostalgia.
SUASANA kampung Melayu tradisiona­l yang diketengah­kan Sunway Carnival Mall mengembali­kan nostalgia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia