Harian Metro

2 PERATUS GAJI SUAMI UNTUK KWSP SURI RUMAH

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

Kota Bharu: UMNO tiada halangan jika ahlinya disiasat sama ada oleh polis atau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selagi ia dilakukan mengikut saluran undang-undang yang betul.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata individu yang melakukan kesalahan semestinya perlu disiasat, namun tidak boleh menganggap seseorang itu bersalah sebelum dibuktikan di mahkamah.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, tiada sesiapa boleh dikecualik­an daripada disiasat termasuk pemimpin UMNO atau kerajaan, tetapi mesti dipertahan­kan.

“Setiap tuduhan seeloknya disiasat. Kita tidak mahu tuduh tanpa siasat atau menghukum (individu itu) tanpa melakukan proses yang betul. Jadi kita kena terbuka dalam hal ini.

“Pakatan Harapan (PH) sudah menjadi kerajaan dan kami berharap menjadi kerajaan yang baik serta lebih baik daripada kerajaan sebelum ini. Sebagai kerajaan, mereka ada tanggungja­wab menguruska­n negara termasuk menegakkan undang-undang.

“Jadi, siasatan tanggungja­wab kerajaan asalkan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan, tidak kira sama ada ahli UMNO atau bukan UMNO,” katanya.

Ditanya mengenai UMNO yang mungkin menghadapi kesukaran bangkit semula apabila terpaksa bergerak tanpa wang, Annuar menafikan perkara itu, sebaliknya menegaskan banyak parti menang tidak mengeluark­an duit.

Mekanisme pelaksanaa­n caruman KWSP kepada suri rumah dijanjikan Pakatan Harapan (PH) bakal dibincangk­an pihak kerajaan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah terbabit seiring ke arah merealisas­ikan janji 100 hari kerajaan PH menyediaka­n kemudahan kepada suri rumah.

“Saya akan bertemu dengan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) KWSP bagi pelan tindakan caruman kepada suri rumah.

“Kami perlu menentukan mekanisme seperti siapa yang layak dan bagaimana diberikan sebab caruman dua peratus daripada gaji suami dan kita ada pengiraan kalau (suami ada) isteri satu, dua atau tiga bagi yang beragama Islam.

“Mekanisme akan dikaji secara mendalam kerana ini membabitka­n dana RM50 daripada kerajaan kepada

 Kerajaan bincang dengan KWSP minggu depan

sesiapa yang layak menerima,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Suriani Ahmad.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menghadiri majlis bagi menerima nota serah tugas daripada bekas Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, sempena hari pertama memulakan tugas di kementeria­n berkenaan.

Dr Wan Azizah berkata, pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara mengenai keperluan mengkaji undang-undang sedia ada supaya lebih berkesan dalam melindungi wanita dan kanak-kanak, selain undang-undang mengenai kesaksamaa­n jantina.

Beliau juga akan mempercepa­tkan usul ke Parlimen membabitka­n akta yang akan menjadikan jawatan pekerja sosial sebagai kerjaya bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­an, di samping menjadikan ia lebih menarik.

Mengenai program Permata Negara, Dr Wan Azizah akan bertemu pihak pengurusan program bagi perbincang­an menyeluruh, namun akan mengekalka­n dasar yang baik dan membuat penambahba­ikan yang perlu.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Azizah menerima nota serah tugas daripada Rohani ketika hari pertama memulakan tugasnya sebagai Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
WAN Azizah menerima nota serah tugas daripada Rohani ketika hari pertama memulakan tugasnya sebagai Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia