Harian Metro

Kenangan kejut sahur

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

 Siswa USIM maut digilis bas naik motosikal bersama rakan

“Kali terakhir adik menghubung­i saya pagi semalam (kelmarin), dia kejut bangun sahur,” kata Lasanin Layai, 25, abang kepada Wamasaria, 22, yang maut dalam kemalangan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, kelmarin.

Penuntut tahun tiga Sarjana Muda Sains Teknologi Kimia Industri itu yang membonceng motosikal rakannya, Nurul Fariza Natasha Sapuan, 22, terbabit kemalangan dengan sebuah bas USIM menyebabka­n mangsa terjatuh dan digilis manakala Nurul Fariza cedera ringan, dalam kejadian jam 5.45 petang.

Menurut Lasanin, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumka­n kakaknya yang sebelum itu menerima panggilan daripada seorang rakan Wamasaria, jam 6 petang.

“Saya menghubung­i semula rakan adik itu dan diberitahu mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ),” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTJ di sini, semalam.

Lasanin yang bekerja sebagai pengurus butik itu berkata, adalah rutin adiknya pada Ramadan menghubung­i dan mengejutny­a untuk bersahur, malah mereka merancang berbuka puasa bersama seorang lagi adik yang menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam minggu depan.

“Saya reda dengan pemergian adik di bulan yang mulia ini. Saya mendoakan yang baik-baik untuknya,” katanya jenazah akan dikebumika­n di sebelah kubur arwah ibu bapa mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kitagas, Sandakan, Sabah, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dalam satu kenyataan berkata, USIM memberi komitmen sepenuhnya untuk menguruska­n dan menanggung kos penerbanga­n membawa pulang jenazah ke kampung halaman.

Menurutnya, jenazah akan dibawa ke Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM untuk solat jenazah sebelum diterbangk­an ke Sandakan untuk dikebumika­n.

“Kami melahirkan rasa sedih dengan kejadian yang berlaku dan mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga arwah. Kami menyerahka­n sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan segala tindakan bersesuaia­n terutamany­a aspek pencegahan serta kesedaran keselamata­n jalan raya akan diambil dalam masa terdekat,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR USIM melihat jenazah arwah Wamasaria buat kali terakhir sebelum dibawa pulang ke Kampung Kitagas Sandakan Sabah.untuk dikebumika­n.
PELAJAR USIM melihat jenazah arwah Wamasaria buat kali terakhir sebelum dibawa pulang ke Kampung Kitagas Sandakan Sabah.untuk dikebumika­n.
 ?? Lasanin Layai ?? Saya reda dengan pemergian adik di bulan yang mulia ini. Saya mendoakan yang baik-baik untuknya”
Lasanin Layai Saya reda dengan pemergian adik di bulan yang mulia ini. Saya mendoakan yang baik-baik untuknya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia