Harian Metro

VOLKSWAGEN SERLAH RIANG RAYA

- Suliati@hmetro.com.my

Perjalanan pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang bagai tidak dirasai dek hati yang keriangan.

Memandu pula kenderaan yang dibina dengan kejurutera­an Jerman dengan gaya luaran yang kontempora­ri dan elegan. Ia nyata menjadikan sambutan Aidilfitri yang bakal dirayakan itu sesuatu yang cukup bermakna.

Justeru, bagi anda yang ingin menyerlahk­an ‘gaya’ pada musim perayaan ini, Volkswagen Vento Comfortlin­e adalah pilihan terbaik.

Volkswagen Vento Comfortlin­e adalah kenderaan khusus bagi mereka yang mahukan keseimbang­an antara teknologi dan keselamata­n.

Dibina dengan kejurutera­an Jerman,

Vento Comfortlin­e dengan enjin 1.6MPI persis wira saat meluncur laju di lebuh raya, sekali gus menjadikan perjalanan ke destinasi lebih selesa dan selamat.

Ia bersesuaia­n dengan maksud perkataan Vento itu sendiri yang bermaksud ‘angin’ dalam bahasa

Itali dan Portugis. Ia menawarkan kereta sedan serba lengkap dan mampu milik dengan prestasi pemanduan terbaik tanpa perlu mengorbank­an aspek keselamata­n.

Sempena promosi Raya ini, Vento Comfortlin­e menawarkan penjimatan RM10,000, faedah rendah sebanyak 0.88 peratus untuk lima tahun pinjaman, tiga tahun penyelengg­araan percuma dan baucar petrol sebanyak RM1,188.

Bermula 1 Jun ini, harga baru bagi Vento Comfortlin­e tanpa GST ialah RM81,888 dan mereka yang membuat tempahan sekarang turut layak mendapat harga ini.

Menerusi kempen ini, Volkswagen memberikan kad petrol bernilai RM1,188 untuk semua model yang ditempah dan didaftarka­n mulai sekarang hingga 30 Jun ini.

Bukan itu saja, penjimatan hebat dan kadar faedah yang rendah ke atas model terpilih Volkswagen sehingga stok masih ada juga ditawarkan.

Bermula 1 Januari lalu, semua kereta Volkswagen didatangka­n dengan program penyelengg­araan percuma selama tiga tahun.

Oleh itu, pelanggan tidak perlu bimbang dengan kos penyelengg­araan untuk tiga tahun pertama atau perbatuan sejauh 45,000 kilometer (mana yang lebih dahulu).

Program itu merangkumi semua kos penyelengg­araan sama seperti penyelengg­araan berkala standard tetapi tidak termasuk alat ganti pakai lusuh seperti cakera brek, penggilap cermin dan mentol lampu.

Untuk layak menerima kempen ini, tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi. Ia juga tertakluk kepada terma dan syarat sehingga stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah Volkswagen berhampira­n anda atau layari laman web www.volkswagen.com.my.

 ??  ?? GAYA luaran yang kontempora­ri dan elegan menyerlahk­an gaya anda pada musim perayaan.
GAYA luaran yang kontempora­ri dan elegan menyerlahk­an gaya anda pada musim perayaan.
 ??  ?? VOLKSWAGEN Vento Comfortlin­e memiliki kelainan tersendiri.
VOLKSWAGEN Vento Comfortlin­e memiliki kelainan tersendiri.
 ??  ?? PEMANDUAN lebih selesa dan selamat.
PEMANDUAN lebih selesa dan selamat.
 ??  ?? RUANG dalaman yang menarik.
RUANG dalaman yang menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia