Harian Metro

2 rugi RM17,200 dek ‘cinta’ palsu

-

Kuantan: Terlalu taasub mendengar bakal menerima hadiah istimewa dari luar negara, dua wanita dari bandar ini terjerat sindiket Love Scam.

Lebih parah apabila mereka rugi sehingga RM17,200 menerusi dua kes berasingan pada April dan awal bulan ini.

Ketua Jabatan

Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superinten­dan Mohd

Wazir Mohd Yusof berkata, kes pertama membabitka­n seorang kerani berusia 36 tahun yang rugi RM12,400 selepas berkenalan dengan seorang lelaki dikenali Ariq Ryan di Facebook pada awal bulan ini.

“Menerusi perkenalan itu, Ariq Ryan memberitah­u mahu menghadiah­kan sesuatu kepada mangsa sebagai tanda perkenalan dan pada Jumaat lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang wanita mendakwa dari syarikat pengurusan barang dari luar negara.

“Suspek meminta mangsa membuat bayaran cukai barang dan perkhidmat­an (GST) bagi bungkusan terbabit dan mangsa membayar RM12,400 ke akaun bank seperti yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanap­un selepas itu meragui tindakan suspek sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada kelmarin.

Bagi kes kedua pula, Mohd Wazir berkata, seorang penuntut berusia 23 tahun rugi RM4,800 selepas berkenalan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Bella Wiliam melalui Facebook, awal April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia