Harian Metro

‘Saya rayu raja tak campur tangan’

-

Kuala Lumpur: “Apa itu murka? Anda bagi tahu saya apa itu murka? Apa makna murka? Ini bahasa-bahasa yang diperindah demikian rupa,” ujar Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika ditanya reaksi Raja Perlis yang murka dengan keengganan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hadir pada majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar (MB) Datuk Seri Azlan Man di Balai Menghadap, Istana Arau semalam.

Tindakan itu menyebabka­n Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l murka dan kecewa kerana semua ADUN terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka, dua hari lalu.

Shahidan bagaimanap­un mempersoal­kan keputusan melantik Azlan sebagai Menteri Besar yang dibuat tanpa mendapat sokongan majoriti ADUN Perlis.

“Saya rayu pada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja supaya menghormat­i Perlembaga­an, sebagai raja berpelemba­gaan. Tuanku sebagai raja tak perlulah campur tangan tentang pentadbira­n sebab pentadbira­n akan uruskan.

“Jangan takut negeri Perlis tak ada bajet dan sebagainya. Itu urusan menteri besar. Kita memohon supaya Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) campur tangan semak semula kuasa melantik menteri besar.

“Tak adil. Kami bertanding pilihan raya. Kami berhak untuk menentukan siapa pemimpin kami. Kita bertungkus-lumus. saya menggadai jiwa dan raga untuk pilihan raya. Tak kiralah negeri lain kalah tapi saya menang dua per tiga majoriti,” katanya.

Selain itu, beliau turut merayu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyatakan pandangan baginda sebagai pakar undang-undang.

“BN Perlis memenangi 10 kerusi daripada 15 kerusi dipertandi­ngkan. Bermakna BN menang majoriti dua pertiga.

“Justeru,selaku Pengerusi BN Perlis saya dengan persetujua­n sembilan ADUN mengemukak­an nama calon MB kepada Raja Perlis.

“Malah, Tuanku Raja Perlis sendiri menerima menghadap semua sembilan ADUN untuk mendengar sendiri pilihan calon MB mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat BN di sini, semalam.

Hadir sama kesemua sembilan ADUN yang menolak pelantikan Azlan dan Setiausaha Perhubunga­n UMNO Negeri, Datuk Zahidi Zainal Abidin yang juga Ahli Parlimen Padang Besar.

Serentak itu juga Shahidan mengumumka­n Badan Perhubunga­n UMNO Negeri memecat Azlan sebagai ahli UMNO berkuatkua­sa semalam.

“Pemecatan itu juga sudah dimaklumka­n kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalanka­n tugas Presiden UMNO dan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO pada mesyuarat (semalam), ” katanya.

Terdahulu,UMNO Perlis bermesyuar­at kira-kira dua jam dengan Zahid dan Hishammudd­in.

Dengan pemecatan itu, Azlan kini menjadi Menteri Besar tanpa parti.

 ?? Dr Shahidan ?? Saya rayu pada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja supaya menghormat­i Perlembaga­an, sebagai raja berpelemba­gaan”
Dr Shahidan Saya rayu pada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja supaya menghormat­i Perlembaga­an, sebagai raja berpelemba­gaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia