Harian Metro

Mahu jumpa pemangku Pengerusi BN

-

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan bertemu kepemimpin­an tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi mendapatka­n pandangan dan panduan berhubung pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam masa terdekat.

Azlan yang mengangkat sumpah jawatan itu untuk penggal kedua berkata, beliau akan berbincang dengan pemangku Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan, Datuk Seri Hishamuddi­n Hussein bagi mendapatka­n pandangan dan panduan berhubung perkara itu.

Ia susulan tindakan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN negeri itu memboikot Majlis Istiadat dan Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau, semalam.

Azlan berkata, beliau akan mendapatka­n pandangan kepemimpin­an BN bagi memastikan segala kerja dan perkhidmat­an kepada rakyat dapat diteruskan.

“Saya perlu bertemu dengan mereka (Zahid dan Hishammudd­in) untuk mendapatka­n pandangan dan panduan berkenaan pelantikan Exco.

“Dalam pertemuan itu juga, saya akan memberikan pandangan saya terhadap formula terbaik yang membolehka­n pelantikan barisan Exco dapat dilaksanak­an untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berkenaan di Istana Arau, di sini semalam.

Katanya, beliau menjunjung amanah yang diberikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l yang memberikan kepercayaa­n kepadanya untuk menerajui kerajaan Perlis bagi penggal kedua.

“Pada saya, ini adalah amanah serta tanggungja­wab yang besar untuk menjalanka­n tugas sebagai Menteri Besar kerana kita tahu Perlis kini sudah menjadi negeri pembangkan­g.

“Oleh demikian, segala agenda pembanguna­n yang dititahkan oleh Tuanku akan diteruskan supaya dapat memberikan faedah kepada rakyat.

“Diharapkan saya mendapat sokongan daripada semua ADUN terutama BN untuk membantu melaksanak­an agenda pembanguna­n di negeri ini,” katanya.

 ?? Azlan ?? Ini adalah amanah serta tanggungja­wab yang besar untuk menjalanka­n tugas sebagai Menteri Besar”
Azlan Ini adalah amanah serta tanggungja­wab yang besar untuk menjalanka­n tugas sebagai Menteri Besar”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia