Harian Metro

Bawa agenda anak muda

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

 Ahli Parlimen Muar tidak selesa disamakan seleberiti, lari daripada perjuangan asal

Kemenangan anak muda ini dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melonjakka­n namanya setaraf selebriti.

Namun hakikatnya Ahli Parlimen Muar ini secara peribadi tidak selesa apabila cuba disamakan dengan selebriti kerana melebihi perjuangan asalnya berkhidmat untuk rakyat.

Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 26, menjadi perhatian ramai terutama di media sosial serta kerap dijemput sebagai tetamu rancangan hiburan.

Bagaimanap­un, Syed Saddiq menegaskan kedatangan­nya ke semua rancangan berkenaan sebagai platform terbaik untuk membincang­kan agenda orang muda.

“Saya akui tidak selesa. Saya masuk politik bukan untuk jadi selebriti, tetapi berkhidmat kepada rakyat.

“Fokus media kalau kita boleh terjemahka­n kepada perubahan lebih besar impaknya lebih positif, contohnya kedatangan saya ke program Harian Metro hari ini (semalam) sebagai satu platform untuk membincang­kan mengenai Muar, saya gembira dan ini bagus,” katanya ketika ditemui di Studio NSTP, di sini, semalam.

Menurutnya, biarpun ada cakap-cakap mengatakan kehadirann­ya ke program seumpama itu tidak memberi manfaat, namun beliau berpendapa­t sasaran menarik perhatian belia adalah melalui medium berkenaan.

“Banyak slot saya dibincangk­an untuk agenda muda dan mudah mengajak anak muda menyertai gerakan perubahan.

“Susah hendak menjangkau­i penonton yang tidak gemar topik politik, hendak sampai ke komuniti sasarannya agak susah tetapi jika dapat, itu baik,” katanya.

Ditanya kemungkina­n dirinya boleh terdedah dengan dunia kontrovers­i, Syed Saddiq berkata, beliau menerima kritikan berkenaan dengan hati terbuka dan mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

“Mengenai gambar bersama artis, ia adalah gambar lama dan bukan baru diambil selepas kemenangan berkenaan.

“Tapi bila tiba-tiba gambar ini digunakan sebagai modal, di luar kawalan saya. Bagi saya, benda sudah lepas tidak mampu buat apa-apa tetapi sekarang ini saya perlu berhati-hati,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perancanga­n membangunk­an Muar, beliau yang juga bekas pelajar Maktab tentera Diraja (MTD) berkata, fokusnya memajukan daerah itu sebagai hab ekonomi utara Johor seperti menaik taraf beberapa kemudahan termasuk Terminal Bentayan dan mini stadium, namun pembanguna­n itu perlu selaras dengan Muar sebagai Bandar Diraja.

“Muar mempunyai banyak potensi, malah tokoh politik tanah air seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik juga berasal dari daerah itu,” katanya. Datuk Akhbar Satar.

“Sebelum ini pengisytih­aran aset hanya terhad kepada Perdana Menteri tetapi pertindiha­n kepentinga­n.

“Sebaliknya, kita perlu isytihar kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus dimaklumka­n kepada Parlimen,” katanya.

 ?? Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ?? Saya masuk politik bukan untuk jadi selebriti tetapi berkhidmat kepada rakyat”
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Saya masuk politik bukan untuk jadi selebriti tetapi berkhidmat kepada rakyat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia