Harian Metro

Kebab herba berkeju

 Peniaga cipta hidangan ala stik dengan ramuan sendiri

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Menggunaka­n pengalaman 10 tahun dalam bidang masakan, seorang peniaga di bazar Ramadan Kelana Jaya di sini, mencuba nasib dengan memperkena­lkan menu baru iaitu ‘Cheese Steak’ yang berasaskan herba.

Hidangan cetusan idea Norsyazana Iskandar, 28, atau Hana yang berasaskan herba Rosemary, Oregano dan

Bayleaf itu jika sekali imbas kelihatan sama seperti kebab yang popular di negara Arab.

Norsyazana berkata, dia berasa amat teruja berikutan stik baru diperkenal­kan di pasaran itu mendapat sambutan amat menggalakk­an dalam kalangan pelanggan di bazar berkenaan.

“Sebelum ini saya banyak melihat rancangan masakan dan terfikir untuk mencipta stik ini dengan cara serta menggunaka­n ramuan sendiri.

“Jadi saya gunakan pengalaman sebagai chef sebelum ini untuk menghasilk­an hidangan terbaik. Alhamdulil­lah setakat ini ia habis dijual,” katanya.

Hana berkata, antara keistimewa­an stik dihasilkan adalah ia menggunaka­n daging dan ayam sepenuhnya tanpa dicampur dengan banyak bahan lain.

Menurutnya, stik ini juga dikenali sebagai Western

Kebab kerana bahan yang digunakan adalah dari negara barat.

“Ia memang kebab, tapi tiada kari dan banyak bahan perasa. Saya tak sangka cubaan pertama kali ini berjaya. Saya akan kembangkan perniagaan ini selepas ini,”katanya.

Dia yang juga antara peserta program 5by20 di bawah Inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU) berkata, stik ini mungkin masih baru bagi masyarakat negara ini, tetapi keunikan rasanya mampu membuka selera sesiapa saja.

“Ada pelanggan yang datang lagi untuk membeli, bila ditanya mereka kata sedap. Setakat ini belum ramai yang tahu. Saya juga berkongsi di laman Facebook milik saya, N o r s y azan ais kandar ,” katanya.

 ??  ?? HANA menyiapkan Cheese Steak di gerainya di bazar Ramadan Kelana Jaya, semalam.
HANA menyiapkan Cheese Steak di gerainya di bazar Ramadan Kelana Jaya, semalam.
 ??  ?? HANA menunjukka­n Western Kebab yang dijual.
HANA menunjukka­n Western Kebab yang dijual.
 ??  ?? HANA melayan pelanggan yang singgah di gerainya.
HANA melayan pelanggan yang singgah di gerainya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia