Harian Metro

‘Kenyataan menteri macam saya jahat’

-

Kuala Lumpur: “Keadaan dan konteks jawapan saya tidak dinyatakan sehingga memberikan gambaran salah dan memperliha­tkan saya seperti orang jahat,” ujar Presiden 1Malaysia Developmen­t Bhd, Arul Kanda berhubung kenyataan akhbar dikeluarka­n Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kelmarin.

Katanya, adalah tidak adil untuk Guan Eng mengeluark­an kenyataan awam yang dianggap memberi gambaran tidak tepat berkaitan apa yang berlaku.

“Pada pandangan saya, tidak adil untuk menteri membuat kenyataan terbuka, yang tidak sepenuhnya dan dengan tepat menggambar­kan bagaimana soalan ditanya dan dijawab (dalam sesi taklimat 1MDB).

“Kenyataan yang saya berikan adalah dalam kapasiti peribadi dan bukan sebagai Presiden 1MDB atau ada hubung kait dengan pekerjaann­ya di 1MDB,” katanya yang mahu mendapatka­n nasihat perundanga­n berhubung isu itu.

Merujuk kepada sesi taklimat kelmarin, Arul berkata, beliau ditanya banyak soalan dan menjawabny­a dengan jujur serta terbaik.

Bagaimanap­un, Arul berkata, beliau tidak mempunyai dokumen sokongan untuk ditunjukka­n pada masa itu.

“Saya menjawab semua soalan dengan terbaik, jujur berdasarka­n pengetahua­n saya, berdasarka­n rekod syarikat, pengetahua­n sendiri dan berdasarka­n maklumat dibekalkan pegawai syarikat.

“Lebih penting lagi, saya menafikan sebarang unsur fitnah dan serangan peribadi terhadap saya oleh Menteri Kewangan,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng bersedia untuk menerima saman daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Developmen­t Bhd, Arul Kanda berhubung kenyataann­ya, kelmarin.

Lim berkata, beliau mempersila­kan tindakan lanjut Arul Kanda sekiranya itu yang mahu dilakukan individu terbabit dan bersedia menungguny­a.

“Arul sudah membuat banyak janji, kalau dia nak saman, saya akan tunggu, tapi tidak tahulah kalau dia benar-benar ingin

 ??  ?? ARUL tiba di bangunan Kementeria­n Kewangan untuk mengadakan perjumpaan dengan Lim bagi membincang­kan hal berkaitan 1MDB.
ARUL tiba di bangunan Kementeria­n Kewangan untuk mengadakan perjumpaan dengan Lim bagi membincang­kan hal berkaitan 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia