Harian Metro

UMNO dakwa bubar MPN, SPAD, JASA, JKKKP hukuman kepada rakyat

- Saadiah Ismail dan Awaina Arbee cnews@nstp.com.my

UMNO mendakwa tindakan kerajaan membubarka­n Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) sebagai hukuman kepada rakyat.

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO dalam kenyataan semalam menyifatka­n pembubaran empat agensi itu sebagai tidak wajar.

“Keputusan diambil kerajaan pada 23 Mei itu (kelmarin) lebih kepada satu bentuk hukuman kepada rakyat, khasnya JKKKP yang memayungi rakyat sebagai institusi yang menguruska­n segala masalah setempat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbira­n di seluruh negara dipantau.

Sebagai contoh, katanya SPAD ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkut­an awam darat dan tidak timbul sebarang pertindiha­n dengan fungsi Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Mungkin ada kebenaran bahawa kerajaan dapat menjimatka­n RM500 juta setahun dengan pemberhent­ian semua kakitangan agensi terbabit, tetapi pada waktu sama merancang pemansuhan tol yang menurut Moody’s (sebuah agensi perkhidmat­an pelaburan dan ekonomi) akan membabitka­n pampasan yang terlalu tinggi.

“JKKKP yang sudah wujud di bawah pentadbira­n Tun Dr Mahathir Mohamad pada era 80-an banyak menabur bakti kepada masyarakat,” katanya.

Kebergantu­ngan terhadap tenaga kerja warga asing akan dikaji termasuk melihat semula memorandum persefaham­an (MoU) membabitka­n 1.5 juta pekerja Bangladesh yang diimport ke negara ini, awal 2016.

Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegara­n, berkata, ketika ini kerajaan berhasrat mengurangk­an jumlah kebergantu­ngan kepada pekerja asing yang begitu ramai.

Katanya, setiap aspek akan dikaji semula untuk mengurangk­an jumlah berkenaan dan ia membabitka­n sejumlah pekerja asing diperlukan saja.

“Keutamaan sekarang diberikan kepada pekerja tempatan iaitu rakyat negara ini dahulu kerana kita mahu rakyat sendiri memperoleh kerja, barulah difikirkan kepada yang lain.

“Perjanjian yang dibuat dengan negara lain juga akan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia