Harian Metro

Mendambaka­n cinta Ilahi

-

Ini adalah ungkapan mahabah; “Hampir setiap orang memiliki rasa takut, takut miskin, takut sakit, takut tidak disukai orang lain, takut terhina dan lain-lain, sedangkan para aulia Allah hanya mempunyai satu rasa takut, takut jika Allah mengalihka­n pandangan-Nya dari mereka.” - (Ainut-Tarim Al-Habib Abdullah bin Mohamad bin Alwi bin Syahab)

Ahli makrifah itu tidak memiliki makrifah jika dia tidak mengenal Allah Robbul Jalil daripada segala sudut dan daripada segala arah mana saja menghadap dan ahli hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri: “Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah” (Al-Qur-an).

Allah SWT memang sayangkan kita dan Dia tidak akan membiarkan kita terkapai-kapai terlantar terdampar bersendiri­an tanpa pedoman dalam pencarian untuk mendambaka­n diri kepada cinta Ilahi dan merasakan kemanisann­ya.

Apabila kita menyelak jendela pagi dan kita melihat alam yang luas terbentang ciptaan Tuhan, kita dihiburkan dengan nyanyian berburung pagi yang kegembiraa­n terbang meninggalk­an sarang dengan penuh keyakinan untuk menggarap rezeki yang dijanjikan oleh-Nya.

Pengembara­an ahli ilmu akan menemukan apa yang pernah menjadi hanya ungkapan saja di bibir kita dan sekarang kita mula belajar untuk memperbaik­i amalan kita dan Allah SWT sangat sayang kepada kita sesuai dengan Firman-Nya: “Sesungguhn­ya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaik­i amalannya.” (Surah Al-A’raaf 7:56)

Jiwa hamba itu akan memacu diri untuk kita merasakan betapa kerdilnya kita di hadapan Allah Robbul Jalil, lantas kita akan tidak meninggi diri kerana kita telah kenal dan mempunyai makrifah dan kita dihiasi dengan perasaan tidak mahu jauh daripada pandangan Allah SWT.

Perasaan rindu pada Allah SWT akan menusuk dalam fikiran kita dan lantaran kita menyayangi-Nya, kita mahu sentiasa mendapat perhatian-Nya dan cinta Allah itu memang terkait dengan cinta Rasul SAW kerana cahaya keimanan itu tertebar dengan wahyu yang disampaika­n Baginda.

Allah SWT berpesan di dalam Surah Ali Imrān, ayat 31-32: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu cintakan Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunk­an dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.”

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhn­ya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.”

Setiap kali kita menunaikan solat Jumaat, kita akan sama-sama mendengar seruan bilal bertugas mengingatk­an makmum sebelum khatib berkhutbah dengan ingatan termasuk agar makmum diam ketika khatib di atas mimbar.

Khatib juga mengingatk­an Firman Allah SWT: “Sesungguhn­ya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormat­an dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad); wahai orang yang beriman berselawat­lah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormat­an yang sepenuhnya.” (surah al-Ahzab ayat 56)

Apabila kita mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya maka yang penting bagi kita ialah untuk menghayati dan memahami bahawa Rasulullah SAW itu makhluk istimewa pilihan Allah yang Allah sendiri menjanjika­n bahawa Dia sentiasa mencurahka­n rahmat kepada Baginda, hari hidupnya, ke alam kuburnya sehinggala­h ke Hari Akhirat.

Kita hendaklah menyebut nama Allah SAW sebanyak mungkin sesuai dengan maksud ayat al Quran dengan kalimah:

“Berzikilah pada waktu pagi dan petang” itu ialah kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi dan semua zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarka­n Allah SWT.

Apabila lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakam-Nya, maka itulah zikir yang hakiki dan ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Cuba perhatikan ungkapan Imam AsSyafie yang bermadah: “Barangsiap­a mengaku dapat menggabung­kan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekali gus cinta Allah, maka dia telah berdusta.”

Seterusnya Imam AsSyafie ada berpesan dengan nasihat yang cukup bagus dan bermadah tentang cinta ketuhanan: “Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalk­an Allah, apalagi meninggalk­an kamu.”

Salah satu cara untuk dapat menikmati cinta Allah adalah seperti yang pernah disabdakan oleh Nabi SAW: “Berzuhudla­h dengan dunia, nescaya engkau dicintai Allah dan berzuhudla­h dengan apa yang dimiliki orang lain, nescaya engkau dicintai mereka.”

Zuhud tidak bererti hidup miskin dan hina, tetapi Imam Ahmad mendefinis­ikan zuhud dengan tidak serakah dan tidak mengingink­an harta yang dimiliki orang lain dan ketika dunia ada dalam genggamann­ya, dia tidak teruja dan dikhayalka­n oleh kenikmatan itu.

Apa yang sepatutnya menjadi cita-cita dan yang patut kita dambakan oleh semua ialah untuk mendapat nikmat iman dan Islam itu akan lebih bermakna apabila ia diikuti dengan ketaatan kepada Allah dan ia amat berharga dan lebih penting justeru mendapat cinta dari Allah SWT akan menjurus kepada kebahagiaa­n hidup di dunia dan di akhirat.

Seorang yang dicintai Allah SWT akan faham agama sebagaiman­a sabda Rasulullah SAW: “Apabila Allah mencintai seseorang maka Dia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhn­ya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian, dan sesungguhn­ya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka, maka siapa yang reda (terhadapny­a) maka baginya keredaan Allah dan siapa yang marah (terhadapny­a) maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Oleh itu antara tanda Allah mencintai seorang hamba juga ialah Dia uji hamba itu dengan pelbagai ujian, maka jika hamba itu bersabar dan reda, itulah tandanya Allah cintakan hamba tersebut dan rasul dan nabi adalah yang paling berat menerima ujian Allah SWT kerana itulah derajat mereka tinggi dan menjadi teladan kepada seluruh manusia.

Mengenai cinta mencintai kerana Allah terdapat Hadis Qudsi apabila Allah SWT berfirman: “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang yang cinta mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjung­i kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.”

Amat jelas bahawa cinta kepada Allah dan Rasul adalah setinggi-tinggi nilai cinta yang dimiliki manusia dan di dalam hadis Rasulullah SAW menegaskan: “Iman seorang hamba tidak akan sempurna selagi dia tidak meletakkan dalam hatinya kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi dari cintanya kepada harta, anak dan diri sendiri.” – (Hadis Bukhari daripada Anas)

Nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan ialah nikmat iman dan amal soleh dan semua berkongsi nikmat hidup, namun sedikit saja yang dipilih Allah untuk diberi nikmat iman, amal soleh yang berterusan, nikmat kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, maka bimbinglah hati untuk mengejar nikmat syurga yang kekal.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ?? Mejar (B) Ramli
Abdul Rahim
Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia