Harian Metro

Sokong kami bantu mereka

 10,000 Kotak Rezeki kecil dan 1,000 Kotak Rezeki besar disediakan

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

Harian Metro (HM) menerusi #HMKotakRez­eki akan meluaskan usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bukan saja pada Ramadan tetapi juga pada hari keraian agama lain.

Ketua Pegawai Komersial The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Alfian Abu Talib berkata, program itu akan diperluask­an jika ramai pihak berminat memberi sumbangan bagi membantu golongan kurang bernasib baik termasuk keluarga miskin, anak yatim serta asnaf.

“Saya berharap, kita dapat meneruskan momentum ini pada tahun akan datang. Bukan saja untuk bulan mulia ini tetapi hari keraian lain contohnya Hari Natal, Deepavali dan Tahun Baru Cina.

“Kalau lebih banyak pihak dapat menyokong usaha CSR kita ini, insya-Allah kita boleh jadi penganjur utama yang memberikan lebih untuk masyarakat,” katanya ketika ditemui pada hari pertama pelepasan Pos Laju dalam program #HMKotakRez­eki 2018 di lobi Balai Berita Shah Alam di sini, pagi semalam.

Turut hadir Ketua Rangkaian Jualan dan Sokongan Affin Bank, Mohd Shiblie Abg Sapuan, Pengurus Negeri Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Pos Laju Malaysia, Ishak Manaf serta Pengurus Kanan Pemasaran Watsons, Eric Wong.

Selain itu, turut hadir Pengurus Cawangan Nabati Food, Lau Lik Kiat, Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Qnet Internatio­nal Group, Krish Kumar, Eksekutif Jenama Kimball, Vivian Chua serta wakil The Italian Baker Sdn Bhd, Othman Ismail.

Alfian berkata, 10,000 Kotak Rezeki kecil (individu) dan 1,000 Kotak Rezeki besar (keluarga) disediakan untuk golongan kurang bernasib baik itu.

“Saya berbesar hati dengan sokongan padu dan kualiti produk sumbangan syarikat pengeluar makanan pada tahun ketiga ini.

“Kotak kecil mengandung­i sebotol air mineral, buah kurma, muffin, biskut serta air kotak yang sesuai diberikan kepada individu yang bekerja pada waktu berbuka puasa.

“Kotak besar dengan berat melebihi 20 kilogram pula untuk diagihkan kepada rumah anak yatim dan orang miskin antaranya mengandung­i beras, tepung gandum, gula, Milo, bihun, kordial, teh, susu pekat, biskut, majerin, minyak masak, sardin, sos cili, sos tiram, pasta serta air mineral.

“Terima kasih kepada semua penaja yang berkolabor­asi iaitu Affin Bank Group, Affin Islamic Bank, Pos Laju, Watsons, Nabati Group, Massimo, Qnet (Malaysia) Sdn Bhd dan Kimball.

“Usaha ini sangat penting untuk masyarakat kerana ia dijalankan tanpa sebarang keuntungan, sebaliknya lebih kepada membantu insan memerlukan,” katanya.

Alfian berkata, selaku penyumbang setia dan utama sejak program ini bermula pada 2016, Affin Bank Group tahun ini menambah jumlah sumbangan sebanyak

RM350,000 dan zakat

RM288,000.

Beliau berkata, berbanding tahun lalu, terdapat beberapa lokasi baru yang disasarkan membabitka­n 11 negeri di Semenanjun­g Malaysia.

“Setiap kali ‘post mortem’ dibuat, kami dapati ada kawasan baru agak terpinggir dan lebih memerlukan kotak rezeki ini, jadi itu antara sasaran #HMKotakRez­eki tahun ini yang bermula di Johor.

“Seterusnya penyerahan akan dilakukan di Kedah, Perak, Perlis, Selangor, Putrajaya, Pahang, Terengganu, Kelantan dan berakhir di Negeri Sembilan dan Melaka pada 5 Jun ini,” katanya.

Tahun ini 72 rumah asnaf dan anak yatim dari seluruh Semenanjun­g terpilih membabitka­n enam rumah asnaf dan anak yatim dari setiap negeri untuk menerima kotak besar.

Sementara itu, 10,000 kotak kecil akan diagihkan kepada pasukan keselamata­n atau mereka yang tidak berkesempa­tan berbuka puasa seperti anggota polis, bomba dan orang ramai yang terpaksa bertugas melepasi waktu berbuka puasa.

 ??  ?? PETUGAS Pos Laju Malaysia bersama Massimo mengisi barangan keperluan ke dalam Kotak Rezeki Harian Metro.
PETUGAS Pos Laju Malaysia bersama Massimo mengisi barangan keperluan ke dalam Kotak Rezeki Harian Metro.
 ??  ?? ALFIAN (dua dari kanan) bersama penaja Kotak Rezeki ketika Majlis pelepasan Pos Laju dalam program #HMKotakRez­eki di lobi Balai Berita Shah Alam.
ALFIAN (dua dari kanan) bersama penaja Kotak Rezeki ketika Majlis pelepasan Pos Laju dalam program #HMKotakRez­eki di lobi Balai Berita Shah Alam.
 ??  ?? ALFIAN menyusun Kotak Rezeki bersama Mohd Shiblie dan Pengarang Eksekutif Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein (dua dari kanan).
ALFIAN menyusun Kotak Rezeki bersama Mohd Shiblie dan Pengarang Eksekutif Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein (dua dari kanan).
 ??  ?? ANTARA kandungan barang dalam Kotak Rezeki Harian Metro.
ANTARA kandungan barang dalam Kotak Rezeki Harian Metro.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia