Harian Metro

Rai 200 anak yatim

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

 TKHM bawa mereka buat persiapan Aidilfitri, agih #HMKotakRez­eki kepada 30 keluarga miskin

Keterujaan menunaikan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) menerusi Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) yang diadakan di Gelang Patah dekat sini, esok semakin dirasai.

Pengarang Eksekutif Projek Khas The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Othman Mamat berkata, program amal yang diadakan saban tahun pada Ramadan itu akan bermula jam 9 pagi dengan 200 anak yatim serta pelajar miskin yang diraikan di pekarangan masjid di kampung masing-masing.

“Lima bas disediakan untuk membawa mereka yang diraikan ini dari lima kampung terbabit.

“Kami akan bawa mereka ke pasar raya besar Giant, Tampoi di sini, untuk membeli pakaian serta kelengkapa­n hari raya mereka,” katanya, di sini semalam.

Menurut Othman, program itu juga disertai acara penyerahan #HMKotakRez­eki barangan dapur dan duit raya kepada 20 keluarga miskin di Masjid Kampung Pok dan Masjid Kampung Ladang, Gelang Patah.

“Penyerahan #HMKotakRez­eki barangan dapur dan duit raya ini juga akan diberikan kepada 30 keluarga miskin dari Kampung Tiram Duku, Kampung Pekajang dan Kampung Tanjung Adang selain sumbangan moreh kepada lima masjid dalam mukim Tanjung Kupang di Masjid Kampung Tiram Duku.

“Kita juga akan mengagihka­n #HMKotakRez­eki juadah berbuka puasa kepada anggota pasukan keselamata­n seperti polis, bomba, imigresen dan anggota RELA serta orang ramai di bazar Ramadan sekitar kawasan itu,” katanya.

Seusai pengagihan #HMKotakRez­eki, TKHM akan diteruskan dengan majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Kampung Tiram Duku sebelum berbuka puasa bersama keluarga miskin, ahli jawatankua­sa (AJK) masjid, wakil penaja, Country Garden Pacific Views Sdn Bhd (CGPV) dan kru TKHM di masjid berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia