Harian Metro

Syak dibunuh

- Omar Osman cnews@nstp.com.my

 Wanita ditemui tidak sedarkan diri bawah jambatan meninggal dunia ketika terima rawatan

Wanita berusia 27 tahun yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani di sini, kelmarin dipercayai dibunuh.

Terdahulu, wanita berkenaan ditemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah jambatan di hadapan sebuah hospital swasta dekat sini, sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, polis menerima maklumat mengenai kematian mangsa dari klinik kesihatan terbabit, jam 4.15 petang.

Katanya, siasatan mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di bawah jambatan terbabit oleh seorang lelaki yang kemudian membawa mangsa ke klinik kesihatan untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanap­un, ketika menerima rawatan mangsa gagal diselamatk­an dan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Flat Paya Nahu di sini, sebelum mangsa dibawa dan ditinggalk­an di bawah jambatan” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Saifi berkata, susulan itu, pihaknya menahan tiga wanita dan seorang lelaki berusia 26 hingga 52 tahun di sekitar Flat Paya Nahu, Kampung Pengkalan Lebai Man dan Sungai Petani bagi membantu siasatan. “Tangkapan membabitka­n ibu dan anak serta pasangan adik-beradik. Selain itu, kita juga sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. “Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia