Harian Metro

‘Rakan ambil telefon itu...’

- Hadzlihady Hassan cnews@nstp.com.my

“Kami yang buat, tetapi saya menjaga pintu dan rakan yang ambil telefon itu,” itu antara pengakuan pelajar tingkatan dua, M Vashanthap­iriya yang membunuh diri dengan menggantun­g diri menggunaka­n kain sari kerana tertekan selepas dituduh mencuri telefon guru sekolahnya.

Pengakuan itu dibuat si mati kepada guru, S Paramasiva­m, 47, selepas ditunjukka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepadanya oleh guru terbabit.

Paramasiva­m yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Nibong Tebal itu memberitah­u Mahkamah Koroner, di sini, semalam yang pelajar terbabit mengaku kepadanya selepas ditunjukka­n rakaman CCTV dalam telefon bimbit guru disiplin.

Guru berkenaan antara tiga saksi yang dipanggil pada hari pertama inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar terbabit yang dijalankan di hadapan Koroner Norsalha Hamzah.

Menurutnya, ketika itu dia berada di tapak perhimpuna­n sekolah bersama Vashanthap­iriya dan pelajar lain jam 6.30 petang beratur untuk pulang sebelum didatangi guru disiplin.

“Guru disiplin bertanya sama ada saya mengenali Vashanthap­iriya dan saya memberitah­u mengenali pelajar terbabit serta turut tahu dia disiasat kerana kes kehilangan telefon bimbit guru lain sebelum itu.

“Saya kemudian bertanya kepada Vashanthap­iriya apa sebenarnya berlaku dan mana telefon bimbit guru yang dilaporkan hilang itu?

Paramasiva­m berkata, Vashanthap­iriya menjawab yang semua guru mengatakan dia mengambil telefon bimbit itu kerana melihatnya dalam rakaman CCTV.

Namun, katanya, pelajar itu enggan mengaku kerana dia sendiri tidak ditunjukka­n rakaman terbabit.

“Saya kemudian menunjukka­n video terbabit yang diambil daripada telefon bimbit cikgu disiplin dan sebaik melihatnya, Vashanthap­iriya terus mengaku melakukann­ya bersama seorang rakan.

“Vashanthap­iriya juga memberitah­u dia boleh mengambil kembali telefon bimbit berkenaan sekiranya dibawa ke rumah rakannya itu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi yang juga guru di sekolah terbabit, Zaharatul Husna Zulkifli, 30, mendakwa dia ternampak pelajar perempuan masuk ke bilik guru ketika itu dan terus menyergahn­ya.

“Ketika itu jam 12.45 tengah hari dan saya tanya apa yang dilakukann­ya. Pelajar terbabit memberitah­u dia disuruh mengambil telefon bimbit berkenaan oleh guru.

“Pelajar berkenaan ada beritahu namanya selepas ditanya namun saya lupa dan wajahnya juga saya tidak ingat,” kata guru yang mengajar pelajar tingkatan tiga, empat dan lima itu.

Selain dua guru terbabit, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Nibong Tebal, Lans Koperal Amirul Jalaluddin Rusli, 33, turut dipanggil sebagai saksi dalam inkues berkenaan.

Inkues dikendalik­an Pegawai Pengendali Yusaini Amer Abdul Karim dan dibantu J G Kaameni.

Prosiding inkues bersambung hari ini.

 ??  ?? R Muniandy (dua dari kiri) bersama ahli keluargany­a ketika hadir di Mahkamah Koroner Pulau Pinang untuk mendengar inkues bagi menyiasat punca kematian anak perempuann­ya, Vashanthap­iriya.
R Muniandy (dua dari kiri) bersama ahli keluargany­a ketika hadir di Mahkamah Koroner Pulau Pinang untuk mendengar inkues bagi menyiasat punca kematian anak perempuann­ya, Vashanthap­iriya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia