Harian Metro

Terjah 24 lokasi terpilih

- Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

 Coca-Cola beri keceriaan kepada lebih 5,000 golongan kurang bernasib baik

Pengeluar minuman terkemuka dunia, Coca-Cola, menerusi Coca-Cola Malaysia bekerjasam­a dengan Pertubuhan Yayasan Kemanusiaa­n dalam penganjura­n program ‘Fast2Feed’.

Penganjura­n program itu selaras dengan usaha memberi keceriaan kepada lebih 5,000 golongan kurang bernasib baik di semua negeri di Semenanjun­g Malaysia sepanjang Ramadan ini.

Menjadi sebahagian aktiviti Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) tahunan syarikat dan pertubuhan berkenaan, program itu menumpukan kepada usaha membantu anak yatim, kanak-kanak daripada keluarga miskin, penghuni rumah orang tua, orang asli dan pelarian.

Pengarah Komersial Coco-Cola Refreshmen­ts Malaysia (CCRM) Eric Tan berkata, sempena program itu, setiap mereka yang dibantu menerima hidangan berbuka puasa, makanan keperluan asas, pakaian baru dan duit raya untuk meraikan bulan mulia bagi seluruh masyarakat beragama Islam.

“Tahun ini, pasukan Yayasan Kemanusiaa­n mengembara tanpa erti penat untuk membawakan keceriaan kepada mereka yang tidak bernasib baik sempena Ramadan dan Aidilfitri di 24 lokasi di seluruh negeri di Semenanjun­g.

“Ia menarik minat kita untuk bekerjasam­a dengan yayasan ini sebelum memulakan kerjasama sejak 2010 bagi membantu dan memberi sokongan kepada kerja amal dijalankan pertubuhan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan kepada 300 anak-anak yatim di Pulau Pinang dalam Majlis Berbuka Puasa di Pasar raya Mydin, Jalan Baru, di sini.

Mydin dan restoran makanan segera Marrybrown bertindak sebagai penaja dan menyumbang hamper serta juadah berbuka puasa kepada anak-anak yatim berkenaan.

Eric berkata, selain membantu golongan kurang bernasib baik, Coca-Cola juga kini berusaha memperkasa­kan kira-kira 3,000 pengusaha gerai makanan di bazar Ramadan seluruh negara melalui program Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Katanya, program ini menggunaka­n aplikasi telefon yang menyediaka­n latihan perniagaan asas kepada mereka.

“Selain itu, kira-kira 300 usahawan kecil terpilih juga akan dibantu dengan barangan tarikan jualan Coca-Cola seperti apron, topi, alas meja dan papan menu untuk menyerlahk­an gerai mereka.

“Program yang dilancarka­n tahun lalu ini direka untuk membimbing usahawan mikro ke arah kejayaan dengan menyediaka­n pengetahua­n dan latihan diperlukan bagi meningkatk­an perniagaan yang diceburi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia