Harian Metro

ILHAM SAJIAN ENAK GAZA

- Muhamaad Razis Ismail razis@nstp.com.my

 Warga Palestin jual makanan dari Asia Barat bersama isteri

Kota Bharu

Kerinduan mendalam terhadap kampung halamannya di

Gaza, Palestin mendorong seorang peniaga bersama isterinya menjalanka­n perniagaan makanan dari Asia Barat di negeri ini.

Antara makanan yang dijual Abdallah Ismail Haniya, 33, dan isterinya Noor Syazwani Nordin, 35, termasuk shawarma Palestin, nasi Arab dan ayam Gaza.

Sempena Ramadan tahun ini, dia memperkena­lkan menu baru iaitu burger Palestin yang bersaiz besar dengan menggunaka­n sos dihasilkan sendiri.

Abdallah berkata, dia bersama isteri memulakan perniagaan makanan

Palestin di negeri ini sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, kerinduann­ya yang mendalam terhadap tanah airnya yang sedang bergolak mendorongn­ya untuk berniaga sekali gus dapat menampung keluargany­a di sini dan di Palestin.

“Sejak berada di sini pada 2012 sehingga bertemu jodoh dengan isteri, saya tidak dapat pulang kerana keadaan yang tidak menentu di sana.

“Jadi tercetus idea untuk menjalanka­n perniagaan makanan Palestin.

“Alhamdulil­lah, biarpun rasa berbeza, sambutan yang diberikan masyarakat setempat menggalakk­an terutama di bulan Ramadan.

“Setiap hari saya mampu menjual antara 50 hingga 100 shawarma termasuk menerusi dalam talian,” katanya ketika ditemui di kiosknya di Jalan Padang Garong di sini.

Abdallah berkata, hasil jualan turut dihantar kepada keluarga di Palestin untuk meringanka­n beban mereka.

Menurutnya, semua resipi diperoleh daripada ibunya, Eitidal Subhi Haniya, 64, yang kini berada di Palestin.

“Semua makanan yang dijual dihasilkan sendiri menggunaka­n campuran rempah ratus memastikan keaslian rasa hidangan Palestin.

“Resipi diperoleh dari ibu yang akan saya hubungi menerusi aplikasi Skype,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

 ?? Abdallah ?? Sejak berada di sini pada 2012 sehingga bertemu jodoh dengan isteri, saya tidak dapat pulang kerana keadaan yang tidak menentu di sana”
ABDALLAH melayan pelanggan membeli juadah berbuka.
Abdallah Sejak berada di sini pada 2012 sehingga bertemu jodoh dengan isteri, saya tidak dapat pulang kerana keadaan yang tidak menentu di sana” ABDALLAH melayan pelanggan membeli juadah berbuka.
 ??  ?? ABDALLAH dibantu isteri menyediaka­n burger Palestin dan kebab.
ABDALLAH dibantu isteri menyediaka­n burger Palestin dan kebab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia