Harian Metro

Agih 6,300 pek makanan bantu fakir miskin

-

Bangi: Sebanyak 6,300 pek makanan diagihkan Islamic Relief Malaysia (IRM) kepada golongan sasar di seluruh negara yang membabitka­n golongan fakir miskin, ibu tunggal dan mualaf menerusi program ‘Ramadan Relief’ dianjurkan.

Sumbangan pek makanan bersempena Ramadan diadakan di seluruh negara itu memberi manfaat kepada lebih 31,500 orang membabitka­n pelbagai kategori.

Ketua Pegawai Eksekutif IRM Zairulshah­fuddin Zainal Abidin berkata, agihan pek makanan Ramadan adalah program bermusim membabitka­n cawangan Islamic Relief di seluruh dunia.

“Pek ini mengandung­i makanan asas antaranya bihun, garam halus, gula, tepung, kicap manis, minuman malt dan makanan dalam tin.

“Kategori penerima pula dibahagika­n kepada orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, ibu tunggal, mualaf dan warga emas,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat IRM di Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Menurutnya, program Ramadan Relief turut membabitka­n Sabah dan Sarawak diharap pihaknya berharap dapat membantu penerima menikmati juadah berbuka serta bersahur yang lebih berkualiti.

Beliau berkata, pihaknya turut menyalurka­n sumbangan 3,540 pek makanan di 30 buah negara termasuk Syria, Palestin dan Somalia.

“Kami sangat menggalakk­an orang ramai untuk sama-sama menyalurka­n sumbangan dalam program ramadan menerusi akaun 5621427087­04 (Maybank), 1202901006­5643 (Bank Islam) atau 8602073818 (CIMB),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai mula menunggu seawal jam 3.00 petang.
ORANG ramai mula menunggu seawal jam 3.00 petang.
 ??  ?? ZAIRULSHAH­FUDDIN
ZAIRULSHAH­FUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia