Harian Metro

Air halia, bubur lambuk 10 generasi

-

Manjung: “Terkejut dan terkilan juga apabila kuetiau kami menjadi tular kerana dikatakan menggunaka­n daun ketum dan menyebabka­n pening bila dimakan, sedangkan ia tidak benar,” kata peniaga Malek Danish Aiman Malek Husin, 18.

Malek Danish Aiman adalah generasi ketiga perniagaan Malek Kuew Teow Kerang Daun Simpok yang masakannya menjadi tular sejak Ahad lalu di media sosial kerana dikatakan menggunaka­n daun ketum dalam masakannya.

Sedangkan, remaja itu menjelaska­n mereka menggunaka­n daun simpok sebagai alas untuk memberi keunikan tersendiri sekali gus memberikan aroma yang lebih lazat.

Katanya, selepas perkara itu ditularkan seorang individu ia memberi kesan kepada perniagaan­nya sehingga jualan merosot dan terpaksa bersemuka dengan pihak yang menyebarka­nnya.

“Lelaki yang menyebarka­n perkara itu memaklumka­n dia hanya mahu promosi masakan kami, namun ayatnya tidak kena menyebabka­n orang ramai salah anggap.

“Ketika itu saya difahamkan dia baru menjalani rawatan penyakitny­a dan mungkin pening itu kesan daripada rawatan yang dijalaniny­a sebelum itu bukan kerana makan kuetiau kami.

“Selepas mendengar penerangan­nya kami sekeluarga menerima permohonan maaf lelaki itu kerana niatnya baik cuma cara tidak betul dan ia Kubang Pasu: Setiap kali tibanya Ramadan, air halia dan bubur lambuk di Kampung Pulau Timbul, di sini pasti menjadi sebutan.

Apa tidaknya, ia dimasak dengan resipi turun temurun sejak lebih 10 generasi terdahulu menggunaka­n kawah berusia 100 tahun dan periuk tembaga berusia 200 tahun bagi menghasilk­an juadah lebih sedap.

Jadi, tidak hairanlah, kedua-dua makanan dan minuman itu mendapat permintaan tinggi dan orang ramai menunggu sejak jam 3 petang untuk mendapatka­nnya walaupun pengagihan bermula jam 4 petang.

Pewaris resipi, Che Ahmad Abdul Hamid, 61, berkata, resipi dan cara memasak bubur lambuk sama diteruskan sejak dulu tanpa sebarang penambahan atau penguranga­n.

“Selain cara masakan, kawah dan periuk tembaga yang digunakan untuk sudah selesai dengan cara baik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kuetiau daun simpok yang dijual di Bazar Ramadan di hadapan Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut di sini, mula tular sejak Ahad lalu apabila seorang individu memuat naik status bersama gambar di laman Facebook (FB) mendakwa membeli dan kedua-dua juadah ini juga memberi rasa berbeza dari tempat lain dan menjadi tarikan utama.

“Kawah dan periuk tembaga ini dipercayai dibawa oleh pedagang India dulu dan mereka tinggalkan di sini apabila mereka pulang ke semula ke negara asal,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Pulau Timbul, di sini.

Che Ahmad berkata, rutin mereka bermula seawal jam 12.30 tengah hari dan selesai diagihkan jam 4.30 petang.

Katanya, sebelum ini mereka menggunaka­n 18 kilogram (kg) beras, tetapi tahun ini sebanyak 20kg beras digunakan untuk memasak bubur lambuk dan diagihkan kepada 500 penduduk secara percuma.

“Bukan setakat penduduk kampung ini, ada juga beberapa kampung berdekatan sanggup menunggu,” katanya yang sudah 20 tahun mewarisi resipi ini. memakan kuetiau daun ketum.

Bercerita mengenai menu istimewany­a itu, Malek Danish Aiman berkata, keluargany­a sudah menjualnya sejak 20 tahun lalu dan dia mula membantu ibu bapanya berniaga ketika berusia 10 tahun.

“Sejak berusia 10 tahun saya sudah mula menggoreng kuetiau resipi turun temurun keluarga yang menggunaka­n daun simpok sebagai alas.

“Jika di Taiping menu ini sudah tidak asing lagi, malah pada zaman dulu daun ini digunakan untuk mengisi makanan kerana plastik belum ada lagi ketika itu,” katanya yang tinggal di Taiping.

Katanya, mereka berniaga di setiap pasar malam dan bazar Ramadan dengan menyediaka­n kira-kira 800 kon kertas minyak yang dialas dengan daun simpok yang dijual hanya RM2 sebungkus manakala RM4 untuk kuetiau istimewa.

“Di Taiping harga jualan kami hanya RM1 saja, tetapi jika keluar dari daerah kami menjual RM2 kerana ia membabitka­n kos perjalanan.

“Ini kerana kami berulang setiap hari ke lokasi jualan seperti di Pulau Pinang, Manjung dan Ipoh,” katanya.

 ??  ?? MALEK Danish (kanan) mengoreng kuetiau kerang sebelum dibungkus menggunaka­n daun simpok di Bazar Ramadan Seri Manjung.
MALEK Danish (kanan) mengoreng kuetiau kerang sebelum dibungkus menggunaka­n daun simpok di Bazar Ramadan Seri Manjung.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia