Harian Metro

Daging masak hitam ‘beracun’

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

 21 murid alami muntah, cirit-birit selepas bersahur

Seramai 21 murid tahun lima dan enam di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena, dekat sini, menerima rawatan selepas mengalami cirit-birit akibat makan daging masak hitam ketika bersahur, kelmarin.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, Pejabat Kesihatan Kota Setar menerima maklumat dari Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 8.45 pagi mengenai kejadian muntah dan cirit-birit yang dialami murid berkenaan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, tujuh daripadany­a murid lelaki dan 14 perempuan berusia 11 dan 12 tahun.

“Keseluruha­nnya, ada 57 murid di asrama berkenaan dan mereka yang mengalami cirit-birit disyaki makan daging masak hitam yang disediakan di dapur asrama untuk hidangan sahur pada jam 4.30 pagi.

“Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Pokok Sena dan Jabatan Kecemasan HSB hadir memberi rawatan di sekolah berkenaan.

“Namun semua 21 murid ini hanya diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan semuanya stabil, malah tiada yang dirujuk ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dr Norhizan berkata, pihaknya turut memberikan pendidikan kesihatan kepada murid, pihak sekolah dan pengusaha dapur asrama sekolah terbabit.

Beliau berkata, penutupan premis itu dilakukan mengikut Seksyen 18(1) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Pihak sekolah juga diminta untuk memantau keadaan murid dan memaklumka­n kepada pejabat kesihatan berhampira­n sekiranya masih ada kes seperti ini.

“Orang ramai juga dinasihatk­an sentiasa mengamalka­n amalan cuci tangan sebelum dan selepas makan serta sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Mereka juga dinasihatk­an mengamalka­n ‘Lihat, Hidu dan Rasa’ pada makanan dibeli atau sebelum makan untuk memastikan makanan selamat,” katanya.

 ??  ?? MURID yang mengalami keracunan makanan dirawat pegawai perubatan HSB.
MURID yang mengalami keracunan makanan dirawat pegawai perubatan HSB.
 ?? Dr Norhizan Ismail ?? Pihak sekolah juga diminta memantau keadaan murid dan memaklumka­n kepada pejabat kesihatan berhampira­n sekiranya masih ada kes seperti ini”
Dr Norhizan Ismail Pihak sekolah juga diminta memantau keadaan murid dan memaklumka­n kepada pejabat kesihatan berhampira­n sekiranya masih ada kes seperti ini”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia