Harian Metro

‘Itu dana parti’

 UMNO minta wang sumbangan kempen pilihan raya dirampas dipulang

- Mohd Iskandar Ibrahim cnews@nstp.com.my

UMNO meminta polis memulangka­n baki sumbangan kempen dan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dirampas pihak berkuasa terbabit.

Naib Presidenny­a yang menjalanka­n tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dana itu amat diperlukan dalam proses membina semula

UMNO.

“Dukacita dimaklumka­n baki sumbangan kempen dan dana parti dirampas polis ketika proses ia dipindahka­n kepada kepemimpin­an baru UMNO selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Pembiayaan politik dibenarkan mengikut undang-undang kita. Oleh itu, UMNO berusaha memulihkan dana ini dan memohon polis melepaskan dana serta mengembali­kannya kepada parti selepas selesai proses dan penyelidik­an pihak berkuasa yang relevan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, secara umum Presiden UMNO bertanggun­gjawab mendapatka­n sumber dan menguruska­n dana untuk parti termasuk bagi pilihan raya umum seperti termaktub dalam perlembaga­an parti.

“Hal ini tidak berbeza dengan mantan Presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Razak yang mendapatka­n sumbangan kempen sebelum PRU14 dan menguruska­n dana parti kita.

“Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden, beliau juga menyerahka­n RM1.2 bilion kepada parti dan 3 juta ahli,” katanya.

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis berhubung keselamata­n diri dan keluargany­a.

Dalam laporan itu, beliau turut mendakwa wang tunai yang dirampas dalam beberapa serbuan termasuk di kediaman peribadiny­a di ibu negara adalah wang sumbangan untuk kegunaan kempen pilihan raya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia