Harian Metro

Gadai harta elak kebulur

- Mohd Khidir Zakaria news@nstp.com.my

Pekan: Tiada siapa menyangka batuk ‘misteri’ berpanjang­an dialami anggota polis bantuan, Muhammad Jabrullah Ishak, 28, dari FELDA Chini 1, di sini, membawa kepada penemuan kanser paru-paru tahap empat dihidapi mangsa.

Abangnya, Jamri, 39, berkata, mereka sekeluarga sebelum ini sudah membawa adiknya ke hospital pakar di Kuantan sebelum doktor memberitah­u adiknya hanya mengalami batuk biasa dan dibekalkan ubat batuk.

“Adik saya pernah mengalami batuk berdarah dan sering sakit sendi, bahu serta pinggang. Kami sekeluarga sangka dia hanya sakit biasa saja, tetapi pada akhir tahun lalu, Muhammad Jabrullah tiba-tiba terjatuh ketika bekerja di kawasan sekitar Chini.

“Kami kemudian menghantar­nya ke Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) di Indera Mahkota, Kuantan untuk rawatan lanjut. Doktor mengesahka­n adik menghidap kanser paru-paru tahap empat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Seorang ibu tunggal terpaksa menjual kelengkapa­n rumahnya bagi mengelak empat anak yang masih kecil kelaparan sejak berpisah dengan suami sebulan lalu. Norhasliza Abu Noh, 34, yang tinggal menyewa di Taman Desa PD, Sua Betong, di sini berkata, demi mengelak empat anak berusia 11 bulan hingga tujuh tahun kelaparan, dia terpaksa menjual perabot rumahnya untuk mendapatka­n wang.

“Satu persatu perabot rumah saya jual semata-mata untuk meneruskan kehidupan kerana tiada tempat bergantung. Mujur ada jiran yang bersimpati menghulurk­an bantuan apabila mengetahui kami kehabisan makanan,” katanya.

Menurut Norhasliza, dia mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM250, manakala bakinya untuk makanan anak.

Katanya, dia bersyukur kerana tuan rumah memahami kesulitan dialaminya dan tidak kisah jika bayaran sering tertunggak.

Norhasliza berkata, bekas suaminya tidak bekerja tetap, sekali gus tidak dapat memberikan belanja nafkah anak.

“Kini hanya tinggal kabinet dapur saja, yang lain semuanya sudah dijual. Usahkan menyambut hari raya, makan minum harian pun saya tidak tahu lagi mampu atau tidak,” katanya ketika menerima bantuan barangan makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9), kelmarin.

Katanya, akibat kesempitan hidup, dia dan anak-anak akan berpindah ke rumah kakaknya di Kuala Pilah dan akan mencari kerja bagi menampung hidup.

“Kakak yang bersimpati dengan nasib kami lima beranak mempelawa saya tinggal bersamanya, tetapi saya perlu bekerja dan mengubah nasib supaya tidak menyusahka­n kakak yang juga bukan orang senang,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, pihaknya membantu mengagihka­n barang makanan yang diinfak orang ramai sempena Ramadan.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang kepada keluarga ini atau menginfak barang makanan atau sumbangan wang untuk asnaf, ibu tunggal dan anak yatim boleh menghubung­inya di talian 012-9805132.

 Ibu tunggal terpaksa jual kelengkapa­n rumah bagi menyara empat anak

 ??  ?? NORFADILAH (kiri) menyampaik­an bantuan barangan makanan kepada Norhasliza di rumah sewanya di Taman Desa PD, Sua Betong, Port Dickson.
NORFADILAH (kiri) menyampaik­an bantuan barangan makanan kepada Norhasliza di rumah sewanya di Taman Desa PD, Sua Betong, Port Dickson.
 ??  ?? MUHAMMAD Jabrullah hanya mampu terbaring selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat
di rumahnya di FELDA Chini 1.
MUHAMMAD Jabrullah hanya mampu terbaring selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat di rumahnya di FELDA Chini 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia