Harian Metro

JKM kesan waris bayi bermata bulat

-

Johor Bahru: Bayi lelaki mata bulat berusia 15 hari yang juga mangsa pengabaian menjadi tumpuan suami isteri untuk mengambiln­ya sebagai anak angkat.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Mohd Iskandar Abu Bakar berkata, bayi itu ditemui dalam kotak dipercayai ditinggalk­an warisnya berhampira­n kediaman penduduk di Kampung Jaya Sepakat, Senai, di sini pada 8 Mei lalu.

Menurutnya, tubuh bayi comel itu ketika ditemui dililit kain yang masih basah dan terdapat kesan darah dipercayai ditinggalk­an selepas dilahirkan.

Bagaimanap­un, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen bersama bayi terbabit.

Katanya, kanak-kanak itu kemudian ditempatka­n di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai sehingga 22 Mei lalu.

“Pemeriksaa­n kesihatan mendapati bayi itu dalam keadaan baik sebelum ditempatka­n di Rumah Perlindung­an Kanak-Kanak Johor di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Iskandar berkata, pihaknya mendapat kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 untuk melakukan siaran akhbar daripada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kulai.

“Bayi itu menjadi perhatian ramai namun JKM perlu mematuhi prosedur ditetapkan.

“JKM ingin mengesan wa- ris bayi ini bagi tujuan siasatan selain menyediaka­n Laporan Pelindung.

“Orang awam atau waris yang mengenali bayi ini boleh menghubung­i Pelindung Kanak-Kanak Daerah Kulai, Zunaizah Mohd Yusuf di talian 07-6622990,” katanya menerusi siaran akhbar, semalam.

 ??  ?? JKM ingin mengesan waris kepada bayi ini bagi tujuan siasatan selain menyediaka­n Laporan Pelindung.
JKM ingin mengesan waris kepada bayi ini bagi tujuan siasatan selain menyediaka­n Laporan Pelindung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia