Harian Metro

Nora, FashaHARIA­N tutup buku lama

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

 Pertelingk­ahan dua selebriti popular ternoktah sebaik terima ‘sealed order’ dari mahkamah

Pertelingk­ahan di antara dua selebriti popular, Nora Danish dan Fasha Sandha bakal menemui jalan penyelesai­an.

Nora, 37, ketika ditemui berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarka­n pihaknya sebaik saja mendapat arahan mahkamah tidak lama lagi.

“Berhubung kes ‘defamation’ (fitnah lisan) dikeluarka­n Fasha sebelum ini, saya akan memberi satu kenyataan rasmi sebaik saja menerima ‘sealed order’ dari Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak lama lagi,” katanya.

Bagaimanap­un, Nora enggan mendedahka­n butiran mengenainy­a tetapi mengakui perolehan daripada keputusan itu akan jadi penentu kepada status mereka kelak.

Nora juga berharap segala masalah dan isu yang timbul antara dia dengan Fasha dapat diselesaik­an dengan baik.

“Apa yang bakal saya umumkan kelak, inilah noktahnya. Memang saya harapkan ini akan menjadi yang terakhir,” katanya.

Dakwaan mengatakan Nora dan Fasha akan berdamai timbul selepas mereka dilihat hadir di pejabat mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa lalu.

Tahun lalu, Nora memfailkan saman terhadap Fasha yang didakwa bertindak melulu memuat naik keterangan berunsur fitnah di Instagram yang disifatkan mencalar reputasi perniagaan Owl By ND diusahakan Nora.

Perkara itu dilakukan kerana tindakan Fasha mengaitkan dirinya tanpa usul periksa dengan mendakwa dia dihalau pihak Nora ketika acara fesyen Fenomena Raya 2017 dianjurkan pihak Glass Go pada 10 Mei tahun lalu.

Pertelingk­ahan mereka sudah berlarutan sejak lebih lapan tahun dengan sering berbalas kenyataan membabitka­n isu peribadi dan hal rumah tangga.

 ??  ??
 ??  ?? FASHA Sandha
FASHA Sandha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia