Harian Metro

Terbantut kekangan RM3,000

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

 Tiga sahabat cuba hasil grafiti gergasi wajah PM, Anwar

Bagi meluahkan rasa kecintaan pada tanah air dan pemimpin negara, tiga sahahat kini dalam proses melakukan persiapan untuk menghasilk­an grafiti gergasi wajah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun usaha pereka grafik, Mohd Fahmi Mohammad Fabilah, 36, bersama dua rakan iaitu Abdul Qoyyum Mohd Nadzri, 25, dan Emy Falizal Faidzul, 42, terbantut berikutan berdepan kekangan kewangan untuk menghasilk­an grafiti berukuran 4 meter x 12 meter yang dirancang. Mengikut perancanga­n tiga sahabat itu bercadang melukis grafiti berkenaan pada dinding jejambat Kota Warisan, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampira­n Dengkil.

Mohd Fahmi berkata, usaha itu juga bertujuan membuktika­n ketaatan dan kecintaan mereka kepada kedua-dua tokoh berkenaan yang bertanggun­gjawab membina Malaysia Baru.

“Selepas berbincang timbul idea untuk luahkan rasa itu menerusi karya di dinding. Selain wajah kedua-dua tokoh itu kami bercadang untuk memasukkan perkataan (Malaysia Baru).

“Bagaimanap­un, kos untuk tampung pembelian penyembur, cat dan berus dianggarka­n RM3,000 masih belum cukup, jadi kami terpaksa tangguh projek ini meskipun bersemanga­t untuk memulakann­ya,” katanya.

Katanya, setiap kali selesai pilihan raya umum (PRU) mereka akan menghasilk­an grafiti bertemakan pemimpin parti politik termasuk Allahyarha­m Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dia menjangkak­an akan mengambil masa seminggu untuk menyiapkan grafiti berkenaan agar berkualiti dan sempurna pada dinding.

Berikutan itu, Mohd Fahmi berharap ada individu atau pihak korporat sudi membantu mereka untuk menyiapkan projek itu yang dijangka dimulakan minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia