Harian Metro

Dah keluar hospital

- Norhayati Nordin dan Najiy Jefri am@hmetro.com.my

 Pengurus minta orang ramai henti spekulasi tahap kesihatan Fendy Bakry

Hero drama Mr Grey, Fendy Bakry, 30, dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, semalam selepas menjalani rawatan susulan di situ sejak Isnin lalu.

Pengurusny­a, Fadzil Zahari berkata, Fendy kini berada dalam keadaan baik, namun perlu menjalani pemeriksaa­n berkala.

“Alhamdulil­lah dia kelihatan sihat, tapi perlu jalani rawatan susulan. Insya-Allah dia akan kembali aktif selepas Aidilfitri ini. Sama-sama kita doakan semoga Fendy kuat menempuh ujian ini dan diberi kesembuhan,” katanya.

Fadzil turut meminta maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai tahap kesihatan Fendy ketika ini bagi menghormat­i permintaan keluarga selain atas nasihat doktor.

“Saya berharap semua pihak dapat memberi ruang serta privasi kepada Fendy ketika ini. Sebagai pengurus saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi secara terperinci tahap kesihatann­ya bagi menghormat­i permintaan keluargany­a,” katanya.

Terdahulu, Fendy dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSB selepas doktor mendapati terdapat simptom pneumonia.

Dia terpaksa direhatkan dengan bius serta memasukkan oksigen sebagai alternatif pernafasan normal untuk mengelak sesak nafas berpanjang­an atau mendapat serangan asma akibat batuk dan serangan sakit dada yang mengganggu proses rawatan pemulihan pneumonia.

Sementara itu, Fadzil turut meminta orang ramai menghentik­an spekulasi mengenai tahap kesihatan bintang baru itu.

Pelbagai spekulasi kurang enak timbul sejurus media melaporkan Fendy sakit dan dia mendapatka­n rawatan di hospital.

Antaranya Fendy dikatakan berada dalam keadaan tenat dan peluang untuknya hidup tipis. Malah, dia juga didakwa mengambil steroid bagi mendapatka­n tubuh sasa yang akhirnya menjejaska­n kesihatann­ya.

Mengulas mengenai pelbagai spekulasi yang timbul itu, Fadzil berkata, dia hairan bagaimana pihak luar lebih banyak tahu mengenai tahap kesihatan Fendy.

“Saya anggap dakwaan penggunaan streoid itu adalah spekulasi yang ditimbulka­n pihak luar yang seolah-olah lebih tahu segalanya sedangkan saya dan keluarga Fendy tidak tahu apa-apa mengenainy­a.

“Jadi, saya harap spekulasi ini dapat dihentikan kerana pelbagai dakwaan dibuat itu menyebabka­n keluarga Fendy sedih,” katanya.

Mengulas mengenai tiada kunjungan tetamu untuk menziarahi pelakon itu, Fadzil berkata, ia bagi menghormat­i permintaan keluargany­a.

 ??  ??
 ??  ?? FENDY Bakry
FENDY Bakry

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia