Harian Metro

Patuh atau dilarang jual

- Noor Atiqah Sulaiman cnews@nstp.com.my

 KPDNKK syor pengedar hantar sampel bateri rokok elektronik untuk diuji sebelum dijual

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) mengeluark­an beberapa garis panduan kepada pihak yang terbabit dalam aktiviti pengeluara­n, pengedaran termasuk import atau eksport serta peruncitan rokok elektronik tanpa nikotin.

Pengarah Bahagian Standard Kepengguna­an KPDNKK, Che Shukri Che Mat berkata, semua garis panduan ditetapkan sudah berkuat kuasa sejak April lalu bagi mengawal selia segala aktiviti rokok elektronik tanpa nikotin.

“Mereka yang terbabit dalam aktiviti pengeluara­n, pengedaran termasuk import, eksport dan peruncitan peranti serta cecair rokok elektronik tanpa nikotin di Malaysia (secara bersama dirujuk sebagai pihak industri) digalakkan mematuhi garis panduan ini.

“Bagi tujuan pematuhan standard keselamata­n, mereka disyorkan menghantar sampel bateri rokok elektronik ke makmal yang diakredita­si Jabatan Standard Malaysia untuk pengujian sebelum produk berkenaan dapat memasuki pasaran.

“Selain itu, pihak industri juga perlu mendapatka­n pensijilan dan label keselamata­n daripada SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd terlebih dulu sebelum mengemukak­an profil persijilan mereka kepada KPDNKK untuk memudahkan kerja merekod dan membuat pemantauan,” katanya.

Che Shukri berkata, jika pihak industri mendapati terdapat peranti atau cecair rokok elektronik berkenaan tidak selamat, berisiko atau mendapat arahan dari pasaran luar negara, produk berkenaan mesti ditarik balik daripada dijual di pasaran bagi menjaga keselamata­n pengguna di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia