Harian Metro

Ulat parkir ‘pau’ duit didenda RM500

-

Kuala Lumpur: Tindakan seorang ‘ulat parkir’ mendesak pemandu meletakkan kenderaan dan meminta wang mengundang padah, apabila dia didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Farah Adlini Mohd Din menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jasni Mat Lias, 42, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan.

Lelaki itu berdepan hukuman penjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan itu, Jasni didakwa mendesak pemandu kenderaan Toyota Estima meletakkan kenderaan dan menuntut bayaran wang di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada jam 12.15 tengah malam 24 Mei lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum bawah seksyen 119(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah memberi hukuman ringan kepadanya atas alasan dia gelandanga­n yang baru mula bekerja menjaga parkir bermula Ramadan ini.

Pejabat Peguam Negara semalam menolak representa­si dikemukaka­n oleh pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan, bagi menggugurk­an pertuduhan mengambil ganja dihadapiny­a, tiga bulan lalu.

Perkara itu dimaklumka­n Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy kepada Majistret Nurul Huda Zakariya dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Berikutan keputusan itu, mahkamah menetapkan 6 Jun ini untuk pengurusan kes bagi persediaan perbicaraa­n.

Dalam prosiding itu, Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, diwakili peguam bela Datuk Haniff Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia