Harian Metro

Mujur tiada pelajar

 Bas sekolah buat pusingan U rempuh tembok sekolah

- Amrullah Abdul Karim cnews@nstp.com.my

“Nasib baik ketika kejadian tiada pelajar atau orang awam di kawasan berkenaan,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Rawang, Nor Liza Idris, berhubung kejadian sebuah bas merempuh tembok sekolah itu, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi tembok sekolah itu pecah dan runtuh apabila dirempuh bas sekolah yang membuat pusingan U di kawasan berkenaan.

Kejadian berlaku ketika bas yang keluar untuk mengambil pelajar itu dikatakan hilang kawalan dipercayai mengalami masalah brek.

Nor Liza berkata, difahamkan bas berkenaan mengalami masalah brek namun punca sebenar kejadian masih tidak diketahui.

“Saya dimaklumka­n bas itu hendak keluar mengambil pelajar jam 6 pagi dan seperti biasa pemandunya akan membuat pusingan U di kawasan berkenaan.

“Brek bas dikatakan ada masalah menyebabka­n ia gagal dikawal lalu melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangk­an laluan berkenaan tidak boleh dijadikan tempat membuat pusingan U terutama bagi kenderaan berat seperti bas.

Katanya, selama ini kawasan bahu jalan berdekatan pondok bas di depan sekolah turut menjadi tempat parkir bas berkenaan.

“Itu laluan utama dan tidak boleh dijadikan tempat membuat pusingan U,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian.

Nor Liza berkata, tembok pagar di sekeliling sekolah itu sudah banyak yang retak dan perlu dibaiki, ditambah pula kejadian pagi semalam sememangny­a menuntut supaya ia segera dibaiki keseluruha­nnya. Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri pelbagai jenama minuman keras, rokok, minuman tenaga dan coklat di kedai serbaneka KK Mart, minggu lalu.

Muhammad Izham Izhar, 19, pekerja atas talian, Qamarul Hizat Misroh, 21, penghantar surat dan Muhammad Taufiq Zakaria, 20, penjual alat ganti, membuat pengakuan itu dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa bersama-sama dua masih bebas mencuri 72 botol minuman keras pelbagai jenama, 60 kotak rokok Dunhill, satu karton minuman tenaga Redbull, 20 bungkus gula-gula getah dan empat keping coklat Kit Kat yang keseluruha­nnya bernilai RM1,984.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta di KK Mart, Kg Tasek Permai, Hulu Langat, di sini, jam 1.10 pagi, pada 16 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan

(Akta 574) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarka­n ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Julai ini untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? KEADAAN runtuhan tembok akibat dirempuh bas sekolah yang mengalami masalah brek.
KEADAAN runtuhan tembok akibat dirempuh bas sekolah yang mengalami masalah brek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia