Harian Metro

IMPAK BERISIKO

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

 Kerajaan disaran tidak tangguh cukai SST terlalu lama

Kerajaan tidak boleh menangguhk­an pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) terlalu lama kerana akan menyebabka­n negara hilang sumber pendapatan dalam jumlah yang besar.

Penganalis­is Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, negara juga memperoleh pendapatan daripada hasil minyak mentah yang boleh mengimbang­i kesan kekurangan pendapatan negara daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Diharapkan kerajaan tidak tangguh lebih daripada dua bulan (pelaksanaa­n SST) kerana lebih lama ditangguhk­an, lebih banyak pendapatan negara tidak terkutip,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahmed Razman berkata, kutipan GST pada 2017 adalah RM43.8 bilion dan dijangka bertambah sehingga RM60 bilion dalam tempoh tiga tahun manakala SST mencatatka­n kutipan RM17.2 bilion pada 2014.

Katanya, walaupun terdapat perbezaan hampir RM20 bilion, harus diingat GST diperkenal­kan ketika harga minyak mentah dunia merudum di bawah paras AS$50 setong.

“Bagaimanap­un ketika ini, harga minyak mentah mencecah hampir AS$80 setong dan ia sekali gus berjaya menampung kekurangan pendapatan negara daripada GST. Kita kena maklum perkara ini,” katanya.

Kerajaan mengumumka­n penetapan GST pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun ini. Ia bagi menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan yang akan menghapusk­an GST dalam tempoh 100 hari jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada masa sama, Ahmed Razman berkata, cadangan untuk menggantik­an GST dengan SST dilihat berupaya menurunkan harga barangan keperluan harian termasuk makanan dan minuman jika penguatkua­saan pelaksanaa­nnya dibuat dengan betul.

Katanya, berdasarka­n Indeks Harga Pengguna (IHP), harga makanan mencatatka­n peningkata­n ketara iaitu sehingga 30 peratus sejak 2010 hingga 2017.

“Jika kita perhatikan kemampuan rakyat dalam kuasa membeli, adalah wajar jika GST dihapuskan kerana sejak GST dilaksanak­an pada April 2015, kita lihat harga barangan dan makanan naik mendadak.

“Saya fikir dengan tindakan ini, ia mampu menurunkan harga barangan atau paling tidak mengekalka­nnya pada paras sedia ada. Namun, penguatkua­saan dan mekanisme perlu ada agar ia tidak berlaku sebaliknya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia