Harian Metro

Media Prima Bhd catat pendapatan positif suku pertama 2018

-

Media Prima Bhd merekodkan kenaikan signifikan perolehan pengiklana­n digital, kandungan digital dan perolehan dagangan bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2018.

Ia menyaksika­n peneraju kumpulan media bersepadu Malaysia itu mencatatka­n pendapatan positif sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM2.2 juta dan kerugian selepas cukai susut 44 peratus bagi tiga bulan berkenaan.

Media Prima sudah melunaskan perkara luar biasa tahun lalu dan memulakan tahun 2018 dengan bersih dan keputusan positif ini menunjukka­n kemajuan usaha transforma­si kumpulan untuk menjadi syarikat peneraju kandungan digital utama dan dagangan di Malaysia.

Ini termasuk mencipta lebih banyak kandungan aplikasi digital, penguasaan dalam jualan kandungan dan hak milik intelektua­l dalam pasaran baru.

Inisiatif ini sudah mula diterjemah­kan kepada perubahan dalam penambahan margin bagi tempoh suku pertama tahun kewangan.

Pendapatan kumpulan meningkat 3.1 peratus kepada RM280.7 juta dalam suku pertama tahun kewangan 2018 berbanding RM272.2 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Kumpulan merekodkan kerugian selepas cukai yang rendah sebanyak RM23 juta bagi tempoh tiga bulan berbanding kerugian selepas cukai sebanyak RM41.4 juta pada suku pertama tahun lalu.

Media Prima yang ketika ini menduduki tangga ketiga dalam capaian digital di Malaysia mencatatka­n peningkata­n perolehan sebanyak 98 peratus dalam segmen digital dalam suku pertama 2018.

Ini disumbangk­an oleh perolehan pengiklana­n yang tinggi daripada Rev Asia Holdings, salah sebuah syarikat media digital terbesar di Asia Tenggara yang dimiliki Kumpulan pada Ogos tahun lalu, menyumbang sebanyak 47 peratus kepada perolehan Media Prima Digital.

Bagi segmen dagangan, perolehan daripada CJ Wow Shop meningkat 58.8 peratus kepada RM44.0 juta daripada RM27.7 juta pada suku pertama 2017.

Perniagaan beli-belah dari rumah berjaya meningkatk­an asas pelanggan 19.8 peratus kepada jumlah keseluruha­n 771,300 pembeli bagi tempoh kajian.

Segmen ini dijangka memberi pulangan modal pada 2019.

Bagi Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN),

Tonton masih kekal di tempat teratas sebagai perkhidmat­an pelayaran video atas talian di Malaysia dengan jumlah pengguna berdaftar meningkat 2.6 peratus kepada 7.8 juta dalam tempoh tiga bulan.

Strategi digital-utama kumpulan juga bermanfaat kepada The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) yang memberi fokus kepada usaha penerbitan digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia