Harian Metro

Muktamad isu penstruktu­ran air Julai ini

-

Shah Alam: Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) yang memiliki 30 peratus kepentinga­n dalam Syarikat Pengeluara­n Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) menerusi anak syarikatny­a, Viable Chip (M) Sdn Bhd menjangkak­an dapat memuktamad­kan isu penstruktu­ran air pada Julai ini.

Pengerusin­ya, Raja Datuk Idris Raja Kamarudin berkata, sebelum ini, isu berkenaan sukar mencapai kata putus memandangk­an status kerajaan negeri Selangor sebagai pembangkan­g di peringkat persekutua­n.

Beliau berkata, Selangor kini sudah menjadi sebahagian daripada pakatan pemerintah dan syarikat berharap perkembang­an ini akan mendatangk­an manfaat kepada negeri itu untuk menyelesai­kan isu penstruktu­ran air dan pelan pengukuhan­nya.

“Saya percaya jalan penyelesai­an harus diputuskan kerana hal ini sudah berlarutan selama bertahun-tahun lamanya. Kami tidak berada dalam kedudukan untuk membuat sebarang permintaan atau mengawal apa yang berlaku.

“Ia urusan antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri. Tarikh akhir bagi perbincang­an akan berlangsun­g pada 4 Julai ini dan tawaran terakhir yang kami terima adalah pada nilai RM250 juta.

“Kami tidak tahu sama ada kami akan mendapat tawaran lebih tinggi atau kekal dengan tawaran sama,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 KPS di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis berkenaan Ketua Eksekutifn­ya, Ahmad Fariz Hassan.

Sementara itu, mengulas mengenai prospek KPS bagi tahun ini, Raja Idris berkata, pihaknya akan terus meninjau peluang pengambila­lihan syarikat yang berpotensi.

 ?? Raja Datuk Idris ?? Ia urusan antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri. Tarikh akhir bagi perbincang­an akan berlangsun­g pada 4 Julai ini dan tawaran terakhir yang kami terima adalah pada nilai RM250 juta”
Raja Datuk Idris Ia urusan antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri. Tarikh akhir bagi perbincang­an akan berlangsun­g pada 4 Julai ini dan tawaran terakhir yang kami terima adalah pada nilai RM250 juta”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia