Harian Metro

Modal RM400j

 AEON kurangkan peruntukan berikutan langkah syarikat perlahanka­n portfolio

- Sofyan Rizal Ishak cnews@nstp.com.my

AEON Co (M) Bhd memperuntu­kkan perbelanja­an modal antara RM300 juta hingga RM400 juta tahun ini berbanding RM500 juta tahun lalu berikutan langkah syarikat menyepaduk­an dan memperlaha­nkan portfolio pembanguna­nnya sejak dua tahun lalu.

Pengarah Eksekutifn­ya, Poh Ying Loo berkata, secara purata syarikat membuka dua pusat beli-belah dalam tempoh setahun berbanding sebuah pada masa ini, sekali gus menjadikan perbelanja­an keseluruha­n lebih rendah.

“Untuk tahun ini, perbelanja­an modal ini akan diperuntuk­kan bagi kerja menaik taraf cawangan pasar raya Aeon di Bandar Sunway dan Bandar Utama serta Tebrau City, Johor Bahru, memperluas­kan pusat beli-belah AEON di Taman Maluri dan membina pusat beli-belah baru di Nilai,” katanya selepas majlis mesyuarat agung tahunan (AGM) di sini, semalam.

Sehingga kini, AEON memiliki 35 cawangan pasar raya dan 27 pusat beli-belah di seluruh negara dengan pusat beli-belah AEON Mall terbaru akan dibuka di Nilai menjelang suku pertama tahun depan.

Dalam masa sama, syarikat itu merancang untuk mewujudkan perkhidmat­an pandu lalu barangan runcit di AEON Bukit Indah menjelang Jun ini.

Beliau berkata, perkhidmat­an itu akan membolehka­n pelanggan melakukan tempahan barang secara dalam talian dan mengambil barang itu secara pandu lalu.

“Perkhidmat­an terbaru ini adalah nilai tambah bagi perniagaan e-dagang sedia ada syarikat di mana ia akan mengukuhka­n lagi strategi pemasaran pelbagai saluran syarikat,” katanya.

Mengulas kemungkina­n pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) menurunkan harga barang, Poh berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk dinilai dan dimuktamad­kan.

“Kami akan mengambil langkah untuk tunggu dan lihat terhadap situasi ini dan mendapatka­n penjelasan lanjut sebelum menetapkan sebarang keputusan mengenai harga barangan,” katanya.

 ??  ?? POH (kiri) selepas mesyuarat agung tahunan AEON, semalam.
POH (kiri) selepas mesyuarat agung tahunan AEON, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia