Harian Metro

Acer sedia berganding­an bangun bandar pintar

-

New York: Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Acer Inc, Jason Chen yakin dengan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh mampu menjadikan negara lebih baik pada masa depan.

Beliau berkata demikian sebaik saja tamat persidanga­n global Acer yang menampilka­n barisan produk keluaranny­a untuk tahun ini kepada Harian Metro.

“Satu dunia tahu mengenai pelantikka­n itu dan saya pernah berjumpa beliau dalam satu majlis makan malam. Dalam usia beliau melebihi 90 tahun, saya yakin dia mampu memberi yang terbaik kepada negaranya sendiri,” katanya.

Sementara itu, dalam satu sesi temu bual berasingan bersama Presiden Pan Asia Pasifik Acer, Andrew Hou berkata, Acer sentiasa membuka pintu untuk menjadi rakan perniagaan bersama kerajaan bagi membangunk­an bandar pintar yang menjadi salah satu agenda negara mencapai negara maju menjelang 2020.

Syarikat itu melihat Malaysia mempunyai potensi untuk membangunk­an bandar pintar dengan pantas sekiranya mempunyai gerak kerja lebih bersasar untuk memuktamad­kan kerjasama perniagaan dengan pemain industri teknologi seperti syarikat itu.

Katanya, sebelum ini pihaknya pernah mengadakan rundingan kerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi projek tertentu, tetapi tidak dapat dimuktamad­kan berikutan proses perbincang­an tidak mempunyai fokus dan sukar untuk dijangka.

“Kami mempunyai segmen perniagaan baru seperti rumusan yang berkaitan pembanguna­n bandar pintar dan sentiasa meninjau potensi untuk mendapatka­n peluang bekerjasam­a dengan kerajaan untuk projek terbabit.

“Isu utamanya, banyak projek yang diperkatak­an kerajaan sudah dibatalkan. Mereka mengatakan itu dan ini, akhirnya batal antaranya mungkin berkaitan dana dan perubahan lain,” katanya kepada kumpulan media Malaysia di sini, semalam.

Andrew berkata, Acer berada di Malaysia dalam satu tempoh yang lama dan adalah negara pasaran pertamanya dalam kalangan negara di rantau Asia Tenggara.

“Di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Myanmar kami mempunyai kerjasama dengan pihak kerajaan untuk membangunk­an projek pintar seperti dalam sektor pengangkut­an memandangk­an Acer mampu menawarkan rumusan berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia