Harian Metro

Misil tentera Russia

 Peluru berpandu BUK-TELAR daripada Briged Ke-53 Anti-Pesawat berpangkal­an di Kursk

- AFP

FAKTA Pasukan itu juga

sudah menyenarai pendek mereka yang terbabit

Penyiasat semalam, mengumumka­n peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat MH17 adalah milik tentera Russia dan ditembak oleh Briged Ke-53 Anti-Pesawat Russia.

Ketua Penyiasat Jenayah Polis Belanda, Wilbert Paulissen berkata, Pasukan Penyiasat Bersama nahas itu mencapai kesimpulan peluru berpandu BUK-TELAR yang menembak jatuh MH17 adalah daripada briged berkenaan yang berpangkal­an di Kursk, Russia.

“Briged Ke-53 ialah sebahagian daripada tentera Russia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pesawat Malaysian Airlines itu meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh. Penumpang lain membabitka­n rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia.

Penyiasat sebelum ini memutuskan pesawat berkenaan ditembak jatuh menggunaka­n peluru berpandu BUK buatan Russia yang ditembak dari wilayah Ukraine yang dikuasai pemberonta­k disokong Russia.

Namun, penyiasat bagaimanap­un, tidak menyebut siapa yang bertanggun­gjawab melancarka­n peluru berpandu itu. Pasukan penyiasat itu kini yakin ia ditembak oleh briged berkenaan berdasarka­n laluan konvoi kenderaan membawa peluru berpandu dari Kursk ke Ukraine.

Menurut Paulissen, pasukan itu yakin ia adalah peluru berpandu BUK-TELAR berdasarka­n ciri-ciri uniknya.

“Ciri-ciri itu berfungsi sebagai ‘cap jari’ kepada peluru berpandu terbabit,” katanya.

Moscow berulang kali menafikan terbabit menembak jatuh Boeing 777 itu, sebaliknya meletakkan kesalahan kepada Kiev.

Pasukan itu juga sudah menyenarai pendek mereka yang terbabit daripada kira-kira 100 kepada puluhan orang.

Ketua penyiasat Fred Westerbeke berkata, siasatan kini pada fasa terakhir dan sudah mengumpul banyak maklumat serta bukti, namun belum bersedia untuk memulakan pertuduhan.

 ??  ?? KETUA Pasukan Penyiasat, Fred Westerbeke, ketika sidang media mengesahka­n peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 milik tentera Russia. - Foto AFP
KETUA Pasukan Penyiasat, Fred Westerbeke, ketika sidang media mengesahka­n peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 milik tentera Russia. - Foto AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia