Harian Metro

Israel mahu terus jajah Bukit Golan

-

Baitulmaqd­is: Israel yang menggesa pentadbira­n Presiden Donald Trump mengiktira­f kedaulatan­nya terhadap Bukit Golan diduduki, menjangka Amerika Syarikat akan memberi persetujua­n dalam masa beberapa bulan lagi.

Dalam temuramah dengan Reuters, Menteri Perisikan negara itu, Israel Katz, menyifatka­n cadangan mengiktira­f Israel sebagai penguasa tanah di Golan sejak 51 tahun lalu, sebagai agenda utama dalam rundingan diplomatik dua hala dengan Amerika.

Sebarang langkah yang diambil akan dilihat sebagai susulan tindakan Amerika keluar daripada perjanjian nuklear antarabang­sa dengan Iran dan pengiktira­fan Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel serta pembukaan kedutaan baru Amerika bulan ini.

Tindakan Trump dipuji Israel namun menyebabka­n kebimbanga­n dalam kalangan sekutu utama Washington di Eropah.

“Kami bertemu dengan Israel bagi membincang­kan pelbagai isu,” kata seorang pegawai Rumah Putih, namun enggan mengesahka­n butiran yang dinyatakan Katz mengenai Golan. - Reuters

Sementara itu, AFP melaporkan Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman meminta kelulusan daripada kerajaan untuk membina 2,500 rumah membabitka­n 30 penempatan di Tebing Barat.

“Sebanyak 2,500 unit bakal diluluskan jawatankua­sa perancanga­n minggu depan untuk pembinaan segera pada 2018,” kata Lieberman dalam kenyataan.

Beliau turut berusaha mendapatka­n kelulusan untuk pembinaan 1,400 rumah lagi. - Agensi

 ??  ?? PENEMPATAN Yahudi di Bukit Golan yang ditawan dari Jordan oleh Israel. Penempatan itu dianggap pihak antarabang­sa sebagai haram. - Agensi
PENEMPATAN Yahudi di Bukit Golan yang ditawan dari Jordan oleh Israel. Penempatan itu dianggap pihak antarabang­sa sebagai haram. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia