Harian Metro

Tamak pencen ibu

- Agensi

 Lima beradik awet mayat wanita mati sejak lebih empat bulan lalu

Lima beradik lelaki mengawet dan menyimpan mayat ibu mereka berusia 70 tahun selama lebih empat bulan untuk terus mendapatka­n pencen diterima wanita berkenaan menggunaka­n cap ibu jarinya.

Asianage melaporkan, wanita terbabit, Amravati Devi, menerima pencen 40,000 rupee (RM2,300) mendiang suaminya Daya Prasad, yang juga bekas anggota kastam.

Polis berkata,

lima anak lelakinya menggunaka­n pelbagai bahan kimia untuk mengawet mayat ibu mereka yang disimpan dalam bilik stor untuk membolehka­n mereka terus menerima pencen berkenaan dengan menggunaka­n cap ibu jari Amravati.

Perbuatan mereka terbongkar apabila jiran membuat aduan kepada polis mengenai bau busuk dari kediaman keluarga terbabit. Menurut Times of India, jiran mengesyaki sesuatu tidak kena apabila keluarga itu enggan membenarka­n sesiapa melawat Amravati.

India Today melaporkan, siasatan polis menemui mayat Amravati Devi di dalam bilik stor selepas meninggal dunia pada 13 Januari lalu dengan kesan dakwat turut dilihat pada ibu jarinya.

Menurut Hindustan Times, seorang anaknya mendakwa ibu mereka sekadar koma dan mereka masih memberinya ubat serta susu setiap hari.

Seorang jiran dilaporkan berkata, Amravati sudah lama sakit dan keluargany­a pernah memaklumka­n mengenai kematianny­a, namun seorang anaknya kemudian mendakwa wanita itu sebenarnya masih hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia