Harian Metro

Kemalangan penyelamat mangsa culik

-

Beijing: Seorang mangsa culik yang diikat dan disumbat ke dalam bonet kereta diselamatk­an secara tidak sengaja oleh pemandu lain yang terlanggar bahagian belakang kereta terbabit, Isnin lalu.

Media China melaporkan, akibat kemalangan itu, mangsa wanita berkenaan berjaya menyelamat­kan diri selepas terjatuh dari bonet kereta terbabit.

Beijing Youth Daily melaporkan, kejadian yang berlaku di Chengdu, wilayah Sichuan itu dilihat beberapa saksi yang menceritak­an wanita itu terjatuh keluar dalam keadaan kaki dan tangannya terikat.

Rakaman video diterbitka­n laman web btime.com menunjukka­n wanita terbabit duduk di atas jalan selepas terjatuh keluar dari kereta Audi putih yang membawanya.

Sebelum itu, pada Selasa lalu polis daerah Qingyang mengeluark­an notis dalam talian memaklumka­n terdapat kejadian culik berhampira­n jambatan Gaosheng pada 21 Mei lalu.

Mangsa dikenali sebagai Lei Mo dan suspek dikenal pasti sebagai lelaki berusia 30 tahun dengan nama Chen memandu ke arah Chengdu dari bandar Mianyang, Sichuan.

Menurut laporan, tidak ada individu yang mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan, manakala suspek berjaya ditahan dan membuat pengakuan ketika disoal siasat polis.

Sementara itu, Today Online melaporkan, rakaman video yang tersebar itu turut mendapat perhatian netizen yang mendakwa mereka turut melihat kejadian terbabit.

“Ini bukan seperti dalam filem! Mujur ada kereta di belakang kalau tidak, tidak ada siapa yang tahu nasib perempuan itu!” kata seorang pengguna

Seorang lagi

berkata: “Penculik itu melihat kemalangan yang berlaku dan melarikan diri sebelum menyedari dia terlupa mengenai baranganny­a sebelum kembali ke kereta”.

Satu lagi komen netizen mendakwa wanita itu bekerja di hospital wilayah dan disumbat ke dalam kereta oleh lelaki terbabit ketika ingin keluar bekerja. - Agensi

 ??  ?? SEORANG wanita yang diculik duduk di atas jalan sambil menanggalk­an tali yang diikat pada kakinya. - Agensi
SEORANG wanita yang diculik duduk di atas jalan sambil menanggalk­an tali yang diikat pada kakinya. - Agensi
 ??  ?? PENUNJUK perasaan ditarik polis ketika membantah pembunuhan peserta
demonstras­i di Tuticorin, Chennai, India. - AFP
PENUNJUK perasaan ditarik polis ketika membantah pembunuhan peserta demonstras­i di Tuticorin, Chennai, India. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia