Harian Metro

‘SAYA DAH TUA’

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

 Shapian tak berminat cabar kedudukan Ismail, beri laluan kepada calon lebih muda

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT), Mohd Shapian Ali tidak berminat mencabar kedudukan Datuk Seri Ahmad Ismail

selaku Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi memilih pucuk pimpinan baru Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), akhir bulan depan.

Mohd Shapian ketika dihubungi berkata beliau tidak berminat berbuat demikian kerana berasa dirinya sudah terlalu tua dan mahu memberi peluang kepada orang lebih muda menggalas

(gambar)

tanggungja­wab dan tugas selaku Presiden PSM baru.

Selain itu, Mohd Shapian memberi bayangan tidak akan mempertaha­nkan jawatannya selaku Presiden PSNT bagi membolehka­n orang baharu menerajui persatuan terbabit, pada masa depan.

“Saya rasa cukuplah lebih 13 tahun saya memegang pelbagai jawatan dalam PSM dan PSNT, sekarang biarlah orang lain yang lebih muda dan berkeboleh­an menggalas tugas dan tanggungja­wab untuk membawa sukan sepak takraw ke satu tahap lebih cemerlang.

“Bagaimanap­un, selaku Presiden PSNT, saya menyokong penuh hasrat Datuk Markiman Kobiran, untuk bertanding dan merebut jawatan Presiden PSM yang kini disandang oleh Datuk Seri Ahmad Ismail pada AGM kali ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam media melaporkan Markiman, mengesahka­n beliau tetap akan mencabar kedudukan Ahmad selaku Presiden PSM kerana mahu melihat perubahan dan transforma­si serta memberikan harapan baru kepada badan induk dan seluruh peminat sukan sepak takraw tanah air.

Tegas Markiman, biarpun Ahmad sudah lama memimpin PSM hasilnya bukan hanya boleh dianggap kurang memuaskan, malah didapati gagal meletakkan sukan dan pasukan sepak takraw Malaysia di tahap sepatutnya.

Pada AGM 2014, Ahmad berjaya mempertaha­nkan jawatan selaku Presiden PSM (2014-2017) selepas berjaya memperoleh 50 undi, sekali gus menewaskan Mohd Shapian yang hanya mendapat 20 undi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Akramuddin Abd Aziz, yang juga Presiden Persatuan sepak Takraw Melaka, turut mencapai kemenangan mudah apabila mengalahka­n Markiman dengan kelebihan 33 undi. Akramuddin memperoleh 52 undi, manakala Markiman mendapat 19 undi.

Tiga Naib Presiden baru yang dilantik terdiri daripada Datuk Khairuddin Samad, Fudin Chee Kifli dan Mohd Yusof Ismail, masing-masing ialah Presiden Persatuan Sepak Takraw Putrajaya, Sarawak dan Kedah.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Mohd Shapian Ali ?? Sekarang biarlah orang lain yang lebih muda dan berkeboleh­an menggalas tugas dan tanggungja­wab untuk membawa sukan sepak takraw ke satu tahap lebih cemerlang”
Mohd Shapian Ali Sekarang biarlah orang lain yang lebih muda dan berkeboleh­an menggalas tugas dan tanggungja­wab untuk membawa sukan sepak takraw ke satu tahap lebih cemerlang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia