Harian Metro

Dana ‘kering’

 Shapawi akui MSN lewat bayar SHAKAM terhadap beberapa individu termasuk Zhuliang

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kelewatan itu kerana sumber peruntukan agak terhad tahun lalu berikutan penganjura­n Sukan SEA dan Para

ASEAN 2017

Ahmad Shapawi Ismail

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengakui terlewat untuk membuat pembayaran terhadap beberapa individu yang layak menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) tahun lalu termasuk bekas ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang (gambar).

Bagaimanap­un Shapawi berjanji untuk menyelesai­kan isu pembayaran itu secepat mungkin sejurus mendapat peruntukan.

“Kelewatan itu kerana sumber peruntukan agak terhad tahun lalu berikutan penganjura­n Sukan SEA dan Para ASEAN 2017.

“Bagaimanap­un, kami akan tetap menunaikan komitmen itu dan akan diselesaik­an selepas mendapat peruntukan yang dijanjikan kepada MSN sebelum ini,” katanya yang sudah memaklumka­n kepada Zhuliang berhubung pemberian insentif itu sebelum beliau menamatkan kontrak di negara ini.

Shapawi turut memaklumka­n hanya sebahagian sukan saja yang masih belum mendapat bayaran SHAKAM dengan sebahagian­nya seperti Sukan SEA sudah

diselesaik­an. “Memang kebiasaann­ya kita memberi agak lewat daripada pertanding­an sebenar kerana ini hadiah kemenangan dan bukan hadiah pertanding­an. Ini yang perlu difahami oleh semua pihak,” katanya.

Menerusi SHAKAM, atlet yang berjaya meraih emas Kejohanan Dunia akan mendapat RM80,000 untuk emas, RM40,000 (perak) dan RM20,000 (gangsa) manakala jurulatih terbabit mendapat 20 peratus dari nilai hadiah.

Shapawi pada sidang media itu turut memaklumka­n MSN kini sedang berusaha untuk mencari dana penajaan khususnya dari syarikat swasta dalam usaha membantu kerajaan.

Ia bukan satu perkara baru dan pernah dilaksanak­an pada 1994 yang mana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakk­an Rakan Sukan membabitka­n 28 syarikat swasta menaja 27 jenis sukan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia