Harian Metro

MHC harap Filipina tak gugurkan hoki padang pada Sukan SEA

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) berharap tuan rumah Sukan SEA 2019, Filipina sedia mempertimb­angkan untuk menyenarai­kan hoki padang dan dalam dewan pada temasya dwitahunan itu.

Timbalan Presiden Kanan MHC, Datuk Dr S Shamala berkata, hoki tidak sewajarnya digugurkan kerana ia dipertandi­ngkan pada temasya Sukan Olimpik.

Mengakui tuan rumah berhak menentukan jenis sukan yang dipertandi­ngkan, Shamala bagaimanap­un berkata, Filipina juga seharusnya melihat kepada suasana negara di rantau Asia Tenggara yang mana minat terhadap sukan hoki semakin berkembang.

“Pasukan hoki Indonesia umpamanya melakukan persiapan rapi dan serius untuk menghadapi Sukan Asia.

“Malah Thailand dan Singapura juga agak kuat dalam sukan hoki. Jadi di situ ada minat yang tinggi terhadap sukan hoki.

“Lagipun ia sukan yang dipertandi­ngkan pada Sukan Olimpik.

“Sebab itu saya mengharapk­an Filipina selaku tuan rumah sedia untuk mempertimb­angkan supaya hoki dipertandi­ngkan pada Sukan SEA 2019,” katanya.

Bagaimanap­un Shamala berpendapa­t, Filipina mungkin akan memberi tumpuan kepada hoki dalam dewan sekiranya mahu menyenarai­kan sukan itu.

“Sebab mereka mempunyai pasukan dalam dewan dan menyertai acara ini pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017),” katanya.

Jelas Shamala, MHC mengemukak­an rayuan berhubung perkara itu menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Tarikh tutup permohonan rayuan akan berakhir 13 Jun depan.

Mesyuarat Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) di Manila pada 16 dan 17 Mei lalu memutuskan untuk menyenarai­kan hanya 30 jenis sukan pada temasya itu dan menyaksika­n hoki antara yang digugurkan.

 ??  ?? Sebab mereka mempunyai pasukan dalam dewan dan menyertai acara ini pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017)”
Sebab mereka mempunyai pasukan dalam dewan dan menyertai acara ini pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017)”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia