Harian Metro

Eksperimen lagi?

-

 Jalani gesa ketua jurulatih perlu pilih pemain lebih bersedia untuk beraksi di Piala Thomas, bukan harap elemen kejutan

Bekas pemain antarabang­sa, Jalani Sidek menegaskan kejohanan seperti Piala Thomas tidak sewajarnya menjadi medan ujian BAM dan jurulatih mereka.

Jalani, pemenang Piala Thomas pada 1992 tidak berpuas hati dengan skuad lelaki negara yang tewas 2-3 kepada juara bertahan Denmark pada aksi terakhir Kumpulan D, kelmarin.

Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Denmark, Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia menyumbang dua mata hasil kemenangan masing-masing ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dan Hans-Kristian Solberg Vittinghus, manakala gandingan perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong

beregu bidan terjun Aaron Chia-Teo Ee Yi dan perseorang­an ketiga Iskandar Zulkarnain Zainuddin tumpas.

“Malaysia tidak boleh berharap kepada tuah dan elemen kejutan semata-mata. Kita perlu yakin dengan apa yang kita lakukan,” kata Jalani.

“Bagi saya, pemain beregu

wajar menyumbang

(gambar),

mata. Hanya mereka yang boleh kita harapkan untuk kemenangan. Jika anda tanya saya, V Shem-Wee Kiong patut menewaskan pasangan Denmark (Mads Pieler Kolding-Mads Conrad Petersen). Mereka adalah beregu nombor satu Denmark.

“Apa yang menjengkel­kan saya adalah pemain ini langsung tidak menunjukka­n kekecewaan mereka apabila mereka tewas. Mereka perlu bertanggun­gjawab, kerana jika mereka kalah, seluruh Malaysia kalah,” kata Jalani.

Jalani menambah ketua jurulatih juga perlu tegas ketika membuat keputusan.

“Sesetengah ketua jurulatih suka menyalahka­n orang lain apabila berlaku sesuatu yang tidak memihak mereka. Apa yang sebenarnya berlaku?

“Sebagai ketua jurulatih, anda perlu tegas membuat keputusan. Secara peribadi, jurulatih tidak boleh menggunaka­n kejohanan seperti Piala Thomas sebagai medan ujian.

“Pemain perlu bersedia sebelum kejohanan. Apa yang penting adalah keputusan.”

Jalani turut menggesa badan induk itu mengkaji struktur mereka atau Malaysia akan mengambil masa lebih lama untuk kembali ke puncak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia