Harian Metro

Janji Ancelotti

- AFP

 Mahu Napoli tamatkan kemarau 28 tahun dengan julang kejuaraan Serie A

C(gambar)

arlo Ancelotti berjanji untuk menamatkan kemarau 28 tahun Napoli bagi menjulang gelaran Serie A selepas dia sah dilantik jurulatih kelab itu menggantik­an Maurizio Sarri dengan kontrak tiga tahun.

Ancelotti yang dipecat Bayern Munich, September lalu mengambil alih tempat Sarri yang meninggalk­an Stadium San Paolo selepas menamatkan kempen musim ini di tangga kedua di belakang Juventus.

Napoli tidak pernah menjulang trofi Seria A sejak dikemudi legenda Argentina, Diego Maradona yang mengetuai kelab itu menjuarai dua gelaran pada 1987 dan 1990.

“Saya amat gembira untuk kembali ke negara saya dan untuk bersama dengan salah satu pasukan terbaik di Itali,” kata Ancelotti dalam satu kenyataan dalam laman web peribadiny­a.

“Sasaran adalah untuk menakluk Scudetto selepas 28 tahun. Kami semua teruja dengan cabaran ini dan bersedia untuk membuka babak baharu dalam bola sepak.”

Tugasan di Napoli adalah yang pertama buat Ancelotti di Itali sejak meninggalk­an AC Milan pada 2009 selepas membantu kelab itu menjuarai Scudetto dan dua gelaran Liga Juara-Juara.

Anak lelakinya, Davide dan menantunya, Mino Fulco turut berada dalam staf kejurulati­han Napoli.

Ancelotti melengkapk­an perjanjian, awal pagi tadi (waktu Itali) dengan Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis kemudian mengesahka­n pemergian Sarri daripada kelab itu menerusi Twitter.

“Saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada Maurizio Sarri atas sumbangan berhargany­a terhadap Napoli,” kata De Laurentiis.

“Dia membawa kegembiraa­n dan juga prestij ke Naples dan peminat Napoli di seluruh dunia dengan jenama bola sepak yang menghiburk­an dan mendapat banyak pujian. Tahniah Maurizio.”

Selain Bayern,

Ancelotti pernah mengemudi Chelsea, Real Madrid dengan perjanjian­nya bersama Napoli dikatakan bernilai

6.5 juta euro (RM30.3 juta) setahun.

Ancelotti yang pernah memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara selain kejuaraan liga domestik di Itali, Perancis, Jerman dan England, akan diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih baharu kelab itu pada 9 Julai ini.

Sementara itu, Sarri dikaitkan dengan perpindaha­n ke Chelsea dan kelab Russia,

Zenit Saint

Petersburg. pentingnya panggilan untuk menyertai kejohanan antarabang­sa.”

Persekutua­n Bolasepak Perancis kemudian mendedahka­n kandungan surat Koscielny kepada umum.

“Perkara paling utama ialah dapat bergaul dengan baik sesama kamu, kesemuanya, pemain-pemain dan juga staf,” kata

Koscielny.

“Semua orang perlu bertarung dan melakukan perkara yang lebih untuk rakan sepasukan, semangat berpasukan adalah kuncinya.

“Seluruh negara ada di belakang kami dan akan bersorak untuk kamu. Sokongan ini, tenaga, kebanggaan dan semangat akan meningkatk­an diri kami seperti pada Euro 2016,” kata Koscielny yang berada dalam skuad Perancis yang tewas di final kepada

Portugal.

“Tahun ini, saya akan berada di sofa saya, menonton perlawanan di televisyen dan menjadi peminat nombor satu kamu.”

Berita mengenai surat Koscielny hadir selepas pemain tengah Paris Saint-Germain, Adrien Rabiot, enggan berada dalam senarai menunggu skuad Perancis yang berkumpul di pusat latihan di sini. - AFP

dan kemudian beraksi dalam perlawanan. Segala-galanya dilakukan untuknya supaya dia berasa selesa.” Neymar berpeluang untuk beraksi dan kembali cergas pada perlawanan persahabat­an menentang Croatia pada 3 Jun ini, diikuti menentang Austria pada 10 Jun.

Brazil membuka kempen Piala Dunia 2018 di Russia menentang Switzerlan­d pada 19 Jun ini.

Sementara itu, pemain sayap Douglas Costa mengalami kecederaan otot yang kecil, sekali gus mengecuali­kannya daripada perlawanan persahabat­an, kata Lasmar. - AFP

 ?? Rodrigo Lasmar ?? Tahap berikutnya ialah latihan penuh berkumpula­n dan kemudian beraksi dalam perlawanan”
Rodrigo Lasmar Tahap berikutnya ialah latihan penuh berkumpula­n dan kemudian beraksi dalam perlawanan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia