Harian Metro

Iniesta pindah ke Jepun

-

Tokyo: Legenda Barcelona, Andres Iniesta menyertai kelab Jepun Vissel Kobe semalam, menyifatka­n perpindaha­nnya ke Liga-J satu cabaran karier yang penting buatnya.

“Ia hari yang istimewa bagi saya,” kata pemenang Piala Dunia berusia 34 tahun itu selepas menandatan­gani kontrak dalam majlis memperkena­lkan pemain di Tokyo.

“Saya menerima banyak tawaran, kelab lain turut menunjukka­n minat terhadap saya,” kata Iniesta, yang dilaporkan bersetuju menandatan­gani kontrak tiga tahun dengan gaji tahunan AS$30 juta (RM119.4 juta) yang dianggap rekod Liga-J.

“Namun saya memilih Vissel Kobe kerana ia satu projek menarik. Saya menerima kepercayaa­n dan sokongan yang hebat baik sebagai pemain mahupun insan, itu punca utamanya.”

Iniesta yang menjulang 32 trofi utama dan membuat 674 penampilan buat gergasi Catalan Barca, diberikan jersi nombor lapan kegemarann­ya oleh pemilik Vissel Hiroshi Mikitani.

“Saya yakin bahawa dengan falsafah kepemimpin­an serta DNA dimiliki Iniesta akan memberi inspirasi hebat bukan saja kepada Vissel Kobe tetapi juga bola sepak Jepun,” kata Mikitani.

“Ketibaanny­a di Jepun akan meningkatk­an mutu bola sepak Jepun di peringkat global. Iniesta akan memberi inspirasi dan memperkasa­kan kami untuk ke tahap lebih tinggi di Jepun.

“Kami gembira hari seperti ini tiba juga akhirnya.”

Keputusan ikon bola sepak Sepanyol itu memilih Kobe, boleh dianggap kejutan besar daripada bola sepak Jepun ketika ramai pemain ternama berpindah ke kelab China yang menawarkan gaji lumayan di penghujung karier masing-masing.

Perkembang­an itu tepat pada masanya terhadap Liga-J yang sebelum ini menarik pemain ternama seperti legenda Brazil, Zico dan bekas bintang England, Gary Lineker sejak diperkenal­kan pada 1993, namun bergelut mencari pemain ternama sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

 ??  ?? INIESTA (kanan) dan Mikitani mempamerka­n jersi yang akan dipakainya.
INIESTA (kanan) dan Mikitani mempamerka­n jersi yang akan dipakainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia